News & Media


Acara disambut baik, harapan agar terus dianjur

BeritaHarian, Tuesday, 6 December 2016

DAHULU beliau mewakili negara dalam sukan bola sepak.

Tahun lalu pula, beliau merupakan pemain dalam acara futsal anjuran BeritaHarian.sg; dan kali ini, beliau kembali sebagai jurulatih pula dalam acara sama.

Langgani BeritaHarian.sg untuk menikmati laporan ini. Sila DAFTAR untuk teruskan.


La Plata Jr juara selepas bersatu

BeritaHarian, Monday, 5 December 2016

PERSAINGAN bagi kategori Bawah 35 Tahun (U-35) bagi Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg semalam berakhir dengan pasukan La Plata Jr A (jersi biru merah jambu) merangkul gelaran juara.

"Kami tidak sangka dapat melangkah sejauh ini, apa lagi untuk menang, tetapi dengan kuasa Allah, kami menang. Tentunya kami bahagia," kata kapten pasukan itu, Encik Mohd Helmi Mohamad.

Pasukan itu terdiri daripada pemain yang berjumpa di acara futsal anjuran BeritaHarian.sg tahun lalu.

"Tahun lalu, kami wakili pasukan-pasukan lain dan kami tidak menang. Jadi, tahun ini kita bersatu dan membentuk pasukan ini untuk bermain bersama," Encik Helmi.

Beliau akur perlawanan dengan On The Dot di peringkat akhir bukan mudah.

Sebagai juara U-35, La Plata Jr membawa pulang trofi dan wang tunai $750.

Pasukan La Plata Jr B (jersi merah) pula juara kategori atas 35 tahun.

Laporan lanjut:

Wanita Papua terbukti gagah
Suasana temasya: Penyokong, pemain serikan acara


Wanita Papua terbukti gagah

BeritaHarian, Monday, 5 December 2016

MEREKA sanggup meninggalkan negara sendiri untuk terbang ke Singapura bagi menyertai pertandingan Kejohanan Futsal Nasional.

Semalam, usaha serta kesungguhan pasukan wanita Futsal Persitoli dari wilayah Papua, Indonesia, jelas berbaloi apabila mereka mempamerkan 'kegagahan' anggota pasukannya dan berjaya menjulang pingat juara bagi kategori wanita acara itu.

Pasukan tersebut menang 3-1 setelah bertembung dengan pasukan Ohana di peringkat akhir kategori tersebut.

Menurut jurulatih Futsal Persitoli, Encik Amos Rumbino, 55 tahun, beliau begitu berbesar hati kerana pasukannya tidak pulang ke Papua dengan tangan kosong.

"Sudah tentunya kami berasa gembira dan amat bersyukur kerana diberi peluang bergelar juara.

"Memang kami mempunyai matlamat untuk menang tetapi ia juga merupakan kejutan kerana kumpulan yang bertanding semuanya baik-baik belaka dan pertandingan ini secara keseluruhan amat kompetitif," kata Encik Amos.

Beliau, yang telah menjadi pelatih selama 35 tahun, berharap kemenangan pasukannya itu dapat memberi pengiktirafan kepada usaha pasukan-pasukan bola sepak dan futsal wanita di Indonesia.

"Dengan kemenangan ini, kami dapat menunjukkan kebolehan pasukan wanita," ujarnya.

Kejohanan futsal yang berlangsung selama dua hari itu turut mendapat sambutan cukup menggalakkan daripada para belia.

Mereka bertarung dalam kategori Bawah 12 Tahun (U-12); Bawah 15 Tahun (U-15) dan Bawah 18 Tahun (U-18).

Pasukan Boyan Murni yang terdiri daripada remaja 18 tahun yang sudah berkawan sejak di bangku sekolah rendah lagi, berjaya dinobatkan sebagai juara kategori U-18.

"Kami sudah bermain bersama sejak kami di darjah lima.

"Jadi apabila saya melihat iklan tentang kejohanan ini, saya mengajak teman-teman untuk mengambil bahagian," kata Encik Mohd Nasrulhaq Mohamad, kapten pasukan tersebut.

Mereka berjaya mengalahkan pasukan Enfuego FC 1-0 untuk mendapatkan gelaran juara U-18.

Pemenang kategori Atas 35 tahun (A-35) La Plata Juniors B juga tampak begitu gembira dengan kemenangan mereka.

Kapten pasukan tersebut Encik Saravanan a/l Jayapalan, 38 tahun, berkata: "Kami gembira dapat menjulang pingat juara walaupun pasukan kami menghadapi cabaran dari segi stamina memandangkan usia yang semakin meningkat."

La Plata Juniors B merupakan antara pasukan "veteran" yang mengambil bahagian pertandingan futsal itu.

Pada keseluruhannya, kesemua pasukan yang mengambil bahagian dalam acara futsal tahun ini berpuas hati dengan tahap pertandingan.

Mereka juga menyatakan hasrat mahu mengambil bahagian dalam acara yang sama jika diadakan lagi.

Selain trofi, juara bagi setiap kategori memenangi hadiah wang tunai - $750 bagi kategori U-35 dan A-35; $500 bagi U-18 dan Wanita; dan $250 bagi U-12 dan U-15.

Acara Futsal Nasional BeritaHarian.sg tahun ini disokong oleh iShine, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), H2O, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Tenderfresh, Allaudin & Friends dan Byherbs Wellness.



JUARA FUTSAL

Atas 35 Tahun (A-35):

La Plata Juniors B

Bawah 35 Tahun (U-35):

La Plata Juniors A

Bawah 18 Tahun (U-18):

Boyan Murni

Bawah 15 Tahun (U-15)

Fajar Selatan

Bawah 12 Tahun (U-12)

ESA B

Wanita

Futsal Persitoli


Pasukan dari Jawa Timur dan Johor Bahru teruja dapat turut serta

BeritaHarian, Sunday, 4 December 2016

PEMAIN cilik pasukan Asosiasi Sepak Bola Indoensia Jawa Timur, atau ASSBI Jatim, kelihatan seolah-olah 'memancar' dengan semangat untuk mengambil bahagian apatah lagi dengan jersi hijau terang dan putih yang dikenakan mereka.

Apakan tidak, ini merupakan kali pertama pasukan dari Indonesia itu diberi peluang mengambil bahagian dalam kategori Bawah 12 Tahun (U-12) bagi kejohanan di luar negara.

Selain memaparkan bakat-bakat tempatan, acara Kejohanan Futsal Nasional anjuran BeritaHarian.sg yang berlangsung selama dua hari mulai semalam itu juga merupakan wadah bagi beberapa pasukan dari luar negara menunjukkan bakat mereka dalam sukan futsal.

Pasukan ASSBI Jatim yang tiba di Singapura Jumaat lepas diberikan peluang ke Singapura setelah memenangi pertandingan futsal di Jakarta, baru-baru ini.

Menurut jurulatih pasukan itu, Encik Surawan, 39 tahun, beliau gembira pasukannya dapat mengambil bahagian dalam acara Kejohanan Futsal Nasional anjuran BeritaHarian.sg itu.

"Kemudahan di sini semuanya amat lengkap dan suasananya amat baik dan memberangsangkan.

"Anak-anak semua suka kerana dapat bermain di luar Indonesia, kejohanan ini juga bagus untuk mereka dan memberikan mereka pendedahan yang baik," ujarnya.

Satu lagi pasukan dari luar negara yang ditemui semalam semasa hari pertama acara kejohanan itu ialah pasukan dari Johor Bahru, Fajar Selatan.

Seramai tujuh pemain bersama keluarga dan jurulatih mereka tiba di Singapura pagi semalam untuk menyertai kejohanan itu dalam kategori Bawah 15 Tahun (U-15).

Jurulatih pasukan itu, Encik Shaharizad Maharof, 30 tahun, berkata walaupun mereka menetap hanya di seberang Tambak ini merupakan kali pertama mereka mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan di Singapura.

"Kami sebenarnya dapat tahu tentang acara ini melalui Internet dan memutuskan menyertainya bagi menimba pengalaman bermain di luar negara," katanya yang sudah menjadi jurulatih bola sepak secara am selama sembilan tahun.

Beliau berkata kesemua anggota pasukannya telah berlatih dengan gigih bagi acara tersebut.

"Boleh kata harapan kami tinggi untuk pergi jauh dalam pertandingan ini, matlamat kami mahu merebut gelaran juara bagi kategori Bawah 15 Tahun," ujar Encik Shaharizad.

Kededua pasukan luar negara itu berjaya mara ke peringkat suku akhir dan akan bertarung lagi hari ini.



"Kemudahan di sini semuanya amat lengkap dan suasananya amat baik dan memberangsangkan.

Anak-anak semua suka kerana dapat bermain di luar Indonesia, kejohanan ini juga bagus untuk mereka dan memberikan mereka pendedahan yang baik."
- Encik Surawan, jurulatih Asosiasi Sepak Bola Indoensia Jawa Timur.

"Kami sebenarnya dapat tahu tentang acara ini melalui Internet dan memutuskan menyertainya bagi menimba pengalaman bermain di luar negara.

Boleh kata harapan kami tinggi untuk pergi jauh dalam pertandingan ini, matlamat kami mahu merebut gelaran juara bagi kategori Bawah 15 Tahun."
- Encik Shaharizad Maharof, jurulatih pasukan Fajar Selatan dari Johor Bahru.


Gol Chuan-Jin 'serikan' Futsal BH/BM

BeritaHarian, Sunday, 4 December 2016

SEBAIK wisel permulaan ditiup dalam perlawanan futsal antara pasukan Berita Harian dengan pasukan Perkamus, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Tan Chuan-Jin (gambar kanan) kelihatan lincah menggelecek dan merebut bola daripada pasukan lawan.

Beliau yang hadir di acara kejohanan futsal anjuran BeritaHarian.SG turut menyumbangkan dua gol dalam perlawanan yang berkesudahan seri 4-4.

Langgani BeritaHarian.sg untuk menikmati laporan ini. Sila DAFTAR untuk teruskan.


Chuan-Jin: Acara galak hidup sihat dan wadah bina hubungan baik antara kaum

BeritaHarian, Sunday, 4 December 2016

PADA hari-hari biasa, Encik Tan Chuan Jin sering kali berpakaian kemas untuk ke pejabat.

Namun semalam, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga itu mengambil keputusan mengenakan jersi biru putih pasukan BeritaHarian.sg dan turut serta dalam perlawanan menentang pasukan daripada Persatuan Karyawan Muzik Melayu Singapura (Perkamus).

Langgani BeritaHarian.sg untuk menikmati laporan ini. Sila DAFTAR untuk teruskan.


Pesta futsal himpun 3,000 pemain dan penyokong

BeritaHarian, Friday, 2 December 2016

SEKITAR 3,000 pemain dan penyokong serta anggota keluarga mereka dijangka membanjiri Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg 2016 yang berlangsung esok dan lusa.

Persiapan rapi telah pun diatur pihak penganjur bagi memastikan perlawanan yang melibatkan lebih 150 pasukan berjalan lancar.

Mereka bakal bertanding dalam enam kategori - bawah 12 tahun (U-12); bawah 15 tahun (U-15); bawah 18 tahun (U-18); bawah 35 tahun (U-35); atas 35 tahun (A-35) dan wanita.

Kejohanan di Akademi Bola Sepak Belia Home United (HYFA), Mattar Road itu akan menghimpunkan pemain daripada segenap lapisan masyarakat sama ada yang muda mahupun golongan dewasa.

Selain bertujuan mendorong peserta menjalani gaya hidup sihat dengan bersukan, ia juga mempunyai matlamat menggalak integrasi sosial di kalangan warga pelbagai kaum dan latar belakang.

Kejohanan tersebut juga memberi peluang anggota keluarga mengisi masa bersama sambil menyaksikan dan menyokong pasukan pilihan mereka.

Ditemui baru-baru ini, pengurus pasukan Forever Brothers, Encik Mohd Rozman Masuni, berkata selain mengeratkan hubungan sesama rakan sepasukan dan menjaga kesihatan, kejohanan tersebut juga memberi peluang kepada mereka membawa keluarga bersama.

"...dengan membawa keluarga menyertai kegiatan sebegini, kami harap mereka dapat pengaruh yang baik dan tidak terjerumus melakukan perkara yang tidak senonoh," ujarnya.

Forever Brothers bakal bertanding dalam kategori A-35.

Bagi ER Warriors pula, menang atau kalah bukan matlamat mereka.

"Sebenarnya kami tidak terlalu memikirkan tentang kemenangan. Lagi pula menang bukan tujuan utama kami menyertai kejohananfutsal ini.

"Yang penting, asalkan kami semua bergembira sambil bermain, itu sudah cukup bagi kami," kata kapten ER Warriors, Muhd Azri Amir, 14 tahun, yang pasukannya bakal menyertai kategori U-15.

Naib juara kategori U-35 tahun lalu, Touch N Go, pula mahu mengambil kesempatan dalam kejohanan tahun ini sebagai langkah comeback pasukan itu setelah setahun tidak muncul dalam sebarang pertandingan.

Pengurus pasukan itu, Encik Faizal Sa'don, 31 tahun, berkata ramai di kalangan pemain futsal bertanya ke mana hilangnya Touch N Go.

"Mereka lihat Touch N Go seperti terlalu berdiam diri selama ini. Jadi, kejohanan ini seperti cara untuk kami 'memperkenalkan' diri kami semula selepas lama menghilang," ujarnya dalam laporan BH sebelum ini.

Daripada bilangan pasukan yang bertanding, terdapat beberapa pasukan dari luar negara - empat dari Indonesia (dua pasukan mewakili Persatuan Sepak Bola Indonesia Jawa Timur dan dua pasukan Koni (Komite Olahraga Nasional Indonesia) - dan sebuah pasukan dari Johor iaitu Fajar Selatan.

Pasukan-pasukan luar negara itu akan menyertai kategori-kategori U-15 dan wanita.

Kejohanan ini juga menampilkan lapan pasukan yang ditaja iShine.

Mereka yang terdiri daripada golongan kurang bernasib baik mewakili badan-badan sosial seperti Jamiyah, Muhammadiyah, Persatuan Kanak-Kanak dan Sportif Youth.

Selain trofi, juara bagi setiap kategori berpeluang memenangi hadiah wang tunai - $750 bagi kategori U-35 dan A-35; $500 (U-18 dan Wanita); dan $250 (U-12 dan U-15).

Hadiah lain termasuk hadiah bagi pemain terbaik untuk setiap kategori tajaan syarikat minuman isotonik H-TWO-O dan pingat bagi pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.

Pengunjung ke pesta futsal itu juga berpeluang menyaksikan perlawanan persahabatan melibatkan selebriti setempat.

Syarikat pengurus acara, 2Touch International, berkata jika hujan gerimis dan sederhana, kejohanan akan diteruskan.

"Namun keselamatan merupakan keutamaan kami. Oleh itu, kami akan sentiasa memantau sistem amaran petir. Pasukan penganjur kami sudah bersedia dan tidak sabar menanti pesta bola sepak hujung minggu yang menyeronokkan ini," kata pengasas 2Touch International, Encik Khairul Asyraf.

Oleh itu, tunggu apa lagi? Ayuh, datang beramai-ramailah kita bersama keluarga di karnoval futsal BH sambil menyokong pasukan kegemaran anda.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang format, jadual dan peraturan kejohanan, layari http://bh.sg/futsal.

Infographic: Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg 2016


Johan tahun lalu berazam pertahan kejuaraan

BeritaHarian, Friday, 2 December 2016

PASUKAN kategori bawah 35 tahun (U-35), Play To Win, berazam mempertahankan kejuaraannya yang dimenangi tahun lalu dalam Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg 2016 hujung minggu ini.

Pasukan yang terdiri daripada rakan sekolah menengah itu berjaya mengalahkan beberapa pasukan futsal pilihan sebelum menjadi juara, termasuk mengalahkan pasukan Touch N Go dalam peringkat akhir.

Touch N Go pernah menjadi juara bagi banyak pertandingan futsal tempatan dan luar negara.

Pasukan pilihan lain yang berjaya dikalahkan oleh Play To Win termasuk MIB di peringkat suku akhir dan Happy Feet di peringkat separuh akhir.

Dihubungi baru-baru ini, kapten Play To Win, Encik Muhd Jufri Abu Hassan, 25 tahun, berkata:

"Secara jujur, memang ada tekanan tambahan bagi kami kerana kami merupakan juara tahun lalu.

"Namun, kami tidak akan menjadikannya satu hambatan daripada terus fokus dalam permainan kami."

Pasukan itu berlatih sekali seminggu, sama ada di East Coast atau di Yishun, sebagai persiapan menjelang kejohanan.

Namun, latihan lebih intensif sukar dilakukan disebabkan anggota pasukan semuanya sibuk dengan tugas masing-masing.

Menurut pengurus pasukan, Encik Muhd Nurfareez Rohizat, 27 tahun, Play To Win tentunya ingin mengekalkan status juara.

"Kami menyertai acara ini sekali lagi kerana ingin melihat tahap kemahiran kami berbanding pasukan lain. Semestinya kami berharap dapat mencapai impian kami dan mengekalkan trofi," katanya.

Pun begitu, menyertai kejohanan tahun ini hampir tidak menjadi kenyataan kerana Play To Win lambat mendaftar.

Mereka diberitahu tempat bagi kategori U-35 sudah penuh dan tiada tempat kosong lagi, namun bak kata pepatah, kalau sudah rezeki tidak ke mana.

Mereka menerima panggilan dari pihak pengurus acara keesokan harinya menyatakan sebuah pasukan telah menarik diri dan Play To Win diminta mengisi tempat kosong tersebut.

Selain U-35, kejohanan tahun ketiga ini menampilkan lima kategori lain - Bawah 12 Tahun (U-12), Bawah 15 Tahun (U-15), Bawah 18 Tahun (U-18), Atas 35 Tahun (A-35) dan Wanita.

Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg 2016 itu bakal berlangsung di Akademi Bola Sepak Belia Home United (HYFA) di Mattar Road.


150 pasukan bakal bertanding hujung minggu ini

BeritaHarian, Wednesday, 30 November 2016

KEJOHANAN Futsal Nasional BeritaHarian.sg 2016 menerima sambutan di luar jangkaan dengan lebih 150 pasukan bakal bertanding dalam acara yang akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini (3&4 Disember).

Penganjur mulanya menetapkan sasaran 144 pasukan tetapi bilangan yang mendaftar melebihi sasaran, bahkan ia terpaksa menolak beberapa yang lain kerana tempoh pendaftaran telah pun ditutup.

Enam kategori - bawah 12 tahun (U-12); bawah 15 tahun (U-15); bawah 18 tahun (U-18); bawah 35 tahun (U-35); atas 35 tahun (A-35); dan wanita - akan bertarung di kejohanan yang bakal berlangsung di Akademi Bola Sepak Belia Home United (HYFA), Mattar Road.

Daripada bilangan pasukan yang berdaftar itu, terdapat beberapa pasukan dari luar negara - empat dari Indonesia dan sebuah dari Malaysia.

Pasukan-pasukan luar negara itu akan menyertai kategori-kategori U-15 dan wanita.

Juara dan naib juara U-35 tahun lalu, Play To Win dan Touch N Go, dijangka mempertahankan kejuaraan mereka tahun ini.

Kejohanan ini juga menampilkan lapan pasukan tajaan iShine.

Pasukan-pasukan tersebut yang anggotanya terdiri daripada golongan kurang bernasib baik mewakili badan-badan sosial seperti Jamiyah, Muhammadiyah, Persatuan Kanak-Kanak dan Sportif Youth.

Selain trofi, juara bagi setiap kategori berpeluang memenangi hadiah wang tunai - $750 bagi kategori U-35 dan A-35; $500 (U-18 dan Wanita); dan $250 (U-12 dan U-15).

Hadiah-hadiah lain termasuk hadiah bagi pemain terbaik bagi setiap kategori yang ditaja syarikat minuman isotonik H-TWO-O dan pingat bagi pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.

Selain pertarungan yang akan dimulakan dari 8 pagi hingga 6 petang, pengunjung ke pesta futsal itu juga berpeluang menyaksikan perlawanan persahabatan melibatkan selebriti setempat.

Ayuh datang beramai-ramai bersama keluarga ke kejohanan tersebut sambil menyokong pasukan kegemaran anda.


Touch N Go ingin cipta sentuhan baru

BeritaHarian, Wednesday, 30 November 2016

SEJAK digelar naib juara bagi kategori bawah 35 tahun dalam Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg tahun lalu, pasukan Touch N Go langsung belum menyertai sebarang perlawanan futsal sesudah itu.

Pengurus pasukan itu, Encik Faizal Sa'don, 31 tahun, berkata antaranya kerana selepas kejohanan tersebut, tiga anggota Touch N Go dipilih mewakili Singapura dalam pertandingan futsal di peringkat antarabangsa.

Justeru mereka tidak dibenarkan bertanding dalam mana-mana perlawanan luar.

"Perjanjian kami adalah jika seseorang anggota pasukan tidak dapat bermain, maka Touch N Go tidak akan mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut," kata Encik Faizal.

Penyertaan Touch N Go dalam kejohanan yang bakal berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini disifatkan sebagai usaha comeback pasukan itu setelah selama sekitar setahun tidak muncul dalam sebarang pertandingan.

"Oleh kerana buat masa ini status kami dalam pasukan nasional tidak begitu pasti, kami dapat mengambil bahagian dalam pertandingan ini sebagai satu kumpulan dan dapat meneruskan tradisi kami bermain bersama setiap tahun," kata Encik Faizal yang merupakan salah seorang pemain nasional yang terpilih itu.

Pasukan seramai tujuh orang itu ditubuhkan tujuh tahun lalu dan mereka mula bermain bola sepak di kolong blok.

"Setiap hari Jumaat memang merupakan masa kami bertemu dan berbual dan pada masa yang sama berlatih untuk kejohanan itu," katanya.

Menyentuh mengenai persembahan mereka semasa kejohanan yang diadakan tahun lalu, Encik Faizal berkata selepas pertandingan itu, anggota pasukannya telah mengenal pasti kesilapan yang mereka lakukan.

"Memang bukan rezeki kami tahun lalu, tetapi bagi kejohanan tahun ini kami ada menetapkan taktik serta teknik baru. Kami juga akan cuba melakukan yang terbaik dalam perlawanan ini," katanya.

Menurut Encik Faizal, ramai di kalangan pemain futsal bertanya kepadanya ke mana hilangnya Touch N Go.

"Mereka lihat Touch N Go seperti terlalu berdiam diri selama ini. Jadi, kejohanan ini seperti cara untuk kami 'memperkenalkan' diri kami semula selepas lama menghilang," ujarnya.

Touch N Go bakal bertarung dalam kategori Bawah 35 (U-35).

Kejohanan ini juga menampilkan lima kategori lain - Bawah 12 Tahun (U-12), Bawah 15 Tahun (U15), Bawah 18 Tahun (U-18), Atas 35 Tahun (A-35) dan Wanita.

Sebanyak 150 pasukan dijangka bertanding dalam kejohanan yang diadakan buat tahun ketiga tahun ini.


Pasangan bermasalah dibantu PPIS jalani 'terapi'

BeritaHarian, Tuesday, 29 November 2016

SEPANJANG 17 tahun melayari bahtera rumah tangga, Cik Siti (bukan nama sebenar) merasakan dirinya sentiasa dikongkong mentua dan iparnya.

Mereka akan menetapkan kegiatan beliau anak-beranak setiap minggu sehingga tidak ada kebebasan bagi mereka membuat keputusan sendiri, menurut pegawai bank itu.

"Saya rasa terperangkap. Terlalu kerap kami semua perlu mengikut rentak mereka sahaja," keluh Cik Siti, 40 tahun.

Ini menjejas hubungan beliau dengan suaminya Encik Ahmad (juga bukan nama sebenar).

Cik Siti dan Encik Ahmad sering bertengkar kerana si suami dikatakan sentiasa mengiyakan keinginan keluarga kandungnya itu tanpa memikirkan perasaan dan kehendak isterinya.

Sekitar akhir tahun lalu, Cik Siti merasakan sudah cukup lama masalah itu berterusan dan memutuskan mendapatkan bantuan.

Beliau tidak sanggup melihat hubungan mereka sekeluarga retak begitu sahaja apatah lagi dengan kehadiran seorang anak yang berada di sekolah rendah.

Lalu, pasangan tersebut berjumpa dengan Cik Maimunah Mosli, seorang ahli terapi keluarga di Institut Terapi Keluarga (FTI) kendalian Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).

"Alhamdulillah, selepas beberapa sesi terapi, hubungan saya dengan suami lebih kuat daripada sebelumnya. Kami lebih memahami antara satu sama lain," dedah Cik Siti.

FTI merupakan salah satu daripada khidmat sosial yang disediakan PPIS.>

Ditubuhkan pada 2014 dan dilancarkan pada 2015, FTI menyediakan khidmat terapi kekeluargaan bagi masalah yang lebih mendalam yang memerlukan huraian lebih sistemik.

Selain FTI, PPIS juga menyediakan pusat sokongan keluarga As-Salaam khusus buat keluarga dan ibu bapa tunggal yang melalui masalah setelah perceraian atau kematian pasangan.

Tahun lalu, As-Salaam dilantik Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) sebagai salah satu Agensi Pakar Sokongan Perceraian (DSSA).

Sejak itu, ia telah memberi khidmat kepada sekitar 2,300 penerima khidmat dengan 91 peratus merupakan kaum Hawa, menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPIS, Encik Mohd Ali Mahmood.

Antara mereka yang menerima khidmat tersebut ialah Cik Norlina Mohd Monaim, 39 tahun, yang telah berpisah dengan suaminya pada 2010.

Beliau ternampak risalah PPIS di mahkamah semasa menghadiri sesi penceraiannya dan tergerak hatinya mahu menghubungi nombor telefon yang tertera.

"Sejak itu, saya hadiri program Mawar di As-Salaam bersama ibu tunggal lain.

"Dari situ saya dapat ramai kawan, dah tak kesunyiaan dan keseorangan lagi rasanya," kata Cik Norlina.

Presiden PPIS, Cik Rahayu Mohamad, berkata PPIS sebagai sebuah badan bantu diri mempunyai 14 pusat kesemuanya - enam pusat perkhidmatan keluarga, enam pusat penjagaan awal kanak-kanak, dan dua pusat penjagaan kanak-kanak.

"Kami terus membuat pemantauan pada isu-isu yang berlaku di dalam masyarakat supaya kami dapat menilai apakah perkhidmatan baru yang dapat kami berikan," ujar Presiden PPIS, Cik Rahayu Mohamad.

PPIS merupakan penaja rasmi Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini.


Bentuk bakat, peribadi pemain muda

BeritaHarian, Monday, 28 November 2016

BELIAU akui pasukannya mungkin tidak sehebat pemain akademi lain.

Namun, bagi Encik Amir Merah Juraimi, matlamat utama beliau menubuhkan pasukan Asian Youth Soccer (AYS) bukan supaya ia 'dilagakan' dengan pasukan lain.

"Bagi saya, walaupun budak yang nak masuk itu tiada asas dalam bola sepak saya tetap akan menerimanya, janji minat ada.

"Dari situ, saya akan cuba melatih dan membentuk mereka agar menjadi pemain yang baik sedaya upaya saya," ujar jurulatih dan pengurus pasukan berusia 61 tahun itu.

Kini, Encik Amir, yang juga bekerja sepenuh masa di Stadio Futsal serta melatih kanak-kanak di sekolah, mempunyai sekitar 30 pemain di bawah AYS berusia 10 hingga 18 tahun.

Minggu depan, AYS bakal bersaing buat julung-julung kalinya dalam Kejohanan Futsal Nasional 2016 anjuran BeritaHarian.sg dalam kategori bawah 12 tahun (U-12).

Menurut Encik Amir, beliau telah menimbangkan sama ada ingin melibatkan anak buahnya dalam kejohanan yang diadakan tahun lepas, namun merasakan bahawa mereka kurang pendedahan.

"Selalunya kejohanan seperti ini akan memaparkan bakat-bakat futsal yang handal, walaupun dalam kategori cilik seperti U-12.

"Oleh itu, saya memutuskan mahu melibatkan pasukan saya dalam pertandingan-pertandingan lain yang diadakan supaya mereka tahu bagaimana suasana pertandingan, jadi tahun ini saya cuba sertakan mereka," katanya.

Dari segi persediaan untuk pertandingan, pasukan AYS berlatih setiap Sabtu, ataupun tiga kali seminggu semasa cuti sekolah.

"Sebelum pertandingan ini, saya ingin melatih mereka supaya membiasakan diri dengan gelanggang yang kecil kerana taktik bermain futsal berbeza daripada bola sepak, mereka harus bergerak dengan pantas dan mengawal bola dengan baik," ujarnya.

Pengurus bersama AYS, Encik John Tan, 53 tahun, berkata beliau berharap AYS akan berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk pertandingan tersebut.

"Saya berterima kasih kepada Encik Amir kerana beliau dapat mengumpulkan kanak-kanak ini dan membentuk peribadi dan sikap mereka melalui sukan bola sepak.

"Saya juga gembira melihat mereka membesar dan menjadi seorang yang lebih baik melalui penglibatan mereka dalam AYS," kata Encik Tan.

Walau ingin anak buahnya berjaya dalam sukan itu, kriteria penting yang ditekankan Encik Amir kepada pemainnya adalah mereka tidak seharusnya mengabaikan pelajaran.

"Jika mereka tidak menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran, saya akan memberitahu ibu bapa mereka dan jika perlu menghalang mereka daripada menghadiri latihan," ujarnya yang mengendalikan pasukan AYS tanpa mengambil sebarang bayaran daripada pemainnya.

AYS bakal bersaing dalam kategori U-12 pada 3 dan 4 Disember ini.

Selain U-12, kejohanan ini menampilkan lima kategori lain - Bawah 15 Tahun (U-15), Bawah 18 Tahun (U-18), Bawah 35 Tahun (U-35), Atas 35 Tahun (A-35) dan Wanita.

Lebih 144 pasukan dijangka bertanding dalam kejohanan yang diadakan buat tahun ketiga tahun ini.


Restoran buka cawangan baru, turut sokong futsal BH

BeritaHarian, Wednesday, 23 November 2016

MASYARAKAT Melayu Islam di Singapura kini mempunyai satu lagi tempat yang boleh dikunjungi untuk mendapatkan makanan halal.

Ini kerana syarikat Tenderfresh Fried & BBQ Chicken Pte Ltd baru sahaja membuka cawangan keempat dan terbaru Tenderfresh Classic di Our Tampines Hub (OTH).

Dilancarkan pada 9 November lalu, cawangan Tenderfresh Classic itu akan menyediakan menu yang lebih luas, termasuk hidangan yang disarankan pelanggan.

"Kami mendengar maklum balas pelanggan dan ramai meminta agar kami memperluas menu kerana mereka ingin mencuba hidangan baru," kata Pengurus Besar Tenderfresh Classic, Encik Tan Say Kiat.

Oleh itu, hidangan baru seperti Pasta Telur Asin dengan Ayam Rangup, Burger Teriyaki dan Yaki Udon dengan Ayam Rangup disediakan bagi pelanggan.

Selain itu, 'seafood pot' telur asin juga tersedia bagi mereka yang 'hantu' telur asin.

Rangkaian hidangan telur asin itu mendapat sambutan yang amat baik sekali, terutama daripada masyarakat Melayu, kata Encik Tan.

Di samping itu, ramai juga menyambut baik adanya beberapa hidangan udon yang terdapat dalam menu baru Tenderfresh Classic.

"Udon memang banyak di Singapura. Namun, kebanyakan kedai tidak menyediakan hidangan udon halal, menyebabkan masyarakat Islam tidak dapat menikmati makanan ini.

"Oleh itu, Tenderfresh mahu memberi peluang kepada mereka yang makan makanan halal menikmati udon," ujar Encik Tan.

Menurutnya, sos untuk memasak hidangan udon di Tenderfresh itu didapatkan khas dari Jepun. Ia kemudian disesuaikan dengan cita rasa pelanggan tempatan.

Lebih daripada sekadar menu hidangan, menu pencuci mulut serta air di cawangan OTH itu juga diperluas.

Terdapat lebih banyak mocktail (campuran jus buah-buahan dan minuman ringan) dan aiskrim juga disediakan di restoran itu.

Cawangan baru itu terletak di aras satu dengan keluasan 135 meter persegi atau 1,450 kaki persegi serta boleh memuatkan sehingga 86 pelanggan.

Ia dibuka dari 11 pagi hingga 11 malam setiap hari.

Tenderfresh Classic mempunyai tiga cawangan lain iaitu di Cheong Chin Nam Road, pusat beli-belah OneKM di Tanjong Katong Road dan Waterway Point di Punggol.

Syarikat Tenderfresh, yang pertama kali mendapat sijil halal pada 1993, juga merupakan penyokong acara Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg tahun ini.

"Kami memang selalu menitikberatkan hidangan yang sihat dan baik, diperbuat daripada ayam yang segar dan bahan terbaik," kata Encik Tan.

Justeru, menyokong acara yang menggalakkan gaya hidup sihat seperti kejohanan futsal memang sesuai, tambahnya.

Kejohanan tersebut, yang dianjurkan wadah digital akhbar ini, akan diadakan di Akademi Bola Sepak Belia Home United (HYFA) di Mattar Road, pada 3 dan 4 Disember ini.


Lapan teman satu sekolah bersemangat mahu tunjuk bakat

BeritaHarian, Wednesday, 23 November 2016

PELUANG terakhir bagi mereka yang masih berminat menyertai Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg 2016.

TERNAMPAK sebuah iklan dalam akhbar ini, adik-beradik kembar Muhd Syahir Mohd Hidir dan Muhd Sadiq Mohd Hidir, 15 tahun, mencadangkan kepada teman mereka agar mereka mengambil bahagian dalam satu kejohanan futsal yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Tanpa berfikir panjang, seramai enam teman mereka yang merupakan pelajar Sekolah Menengah East Spring bersetuju, dan mereka berlapan terus mendaftarkan diri dengan persetujuan dan sokongan ibu bapa masing-masing.

Menggelarkan diri mereka sebagai ES Warriors, remaja yang berusia antara 14 dengan 15 tahun itu cukup bersemangat menanti Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg.

"Memang kami tak sabar mahu mengambil bahagian. Bagi kebanyakan daripada kami, ini kali pertama kami menyertai kejohanan futsal," kata Muhd Azri Amir, 14 tahun.

Azri merupakan kapten pasukan itu dan satu-satunya pemain ES Warriors yang pernah memasuki pertandingan futsal sebelum ini.

Bagi mempersiap diri mengharungi cabaran yang bakal menanti, pasukan itu berlatih sekurang-kurangnya seminggu sekali selama tiga jam setiap kali di padang sekolah mereka.

Ditanya sejauh mana mereka ingin mengorak langkah dalam kejohanan tersebut, Azri berkata:

"Sebenarnya kami tidak berapa fikirkan tentang kemenangan. Lagi pula menang bukan tujuan utama kami menyertai kejohanan ini.

"Yang penting, asalkan kami semua bergembira sambil bermain, sudah cukup bagi kami."

Pun begitu, mereka menetapkan matlamat yang ingin dicapai - sekurang-kurangnya melepasi peringkat kumpulan.

ES Warriors merupakan antara pasukan yang akan bertanding dalam kategori Bawah 15 tahun (U-15) dalam acara yang akan berlangsung pada 3 dan 4 Disember ini.

Selain U-15, kejohanan ini menampilkan lima kategori lain - Bawah 12 Tahun (U-12), Bawah 18 Tahun (U-18), Bawah 35 Tahun (U-35), Atas 35 Tahun (A-35) dan Wanita.

Lebih 144 pasukan dijangka bertanding dalam kejohanan yang diadakan buat tahun ketiga tahun ini.

Bilangan itu menepati sasaran yang telah ditetapkan pihak penganjur, bahkan 50 peratus pendafatran telah diisi semasa tempoh pendaftaran awal dibuka kepada umum bulan lalu.

Pendaftaran sudah pun ditutup

Pertandingan futsal tahunan itu bukan sahaja wadah bagi menggalak gaya hidup sihat di kalangan masyarakat Melayu, malah merupakan peluang akhbar ini mendekati golongan muda pembacanya melalui acara santai tetapi cukup bermanfaat.

Pemenang kejohanan futsal itu nanti bakal membawa pulang hadiah bernilai lebih $3,000.


Peluang terakhir bagi yang berminat ambil bahagian

BeritaHarian, Thursday, 17 November 2016

PELUANG terakhir bagi mereka yang masih berminat menyertai Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg 2016.

Jika anda tidak berkesempatan mendaftar secara dalam talian bagi kejohanan itu, Sabtu dan Ahad ini (19 dan 20 November) merupakan dua hari terakhir bagi anda berbuat demikian secara peribadi di Akademi Bola Sepak Belia Home United (HYFA).

Walaupun tempat bagi menyertai kejohanan hampir penuh, syarikat pengurus acara, 2Touch International, berkata pihaknya masih mahu memberi peluang kepada pasukan yang berminat agar tidak ketinggalan menyertainya.

"Kami menimbangkan membuka pendaftaran bagi beberapa kategori. Oleh itu, jika anda berminat, sila datang ke HYFA minggu ini untuk membuat pendaftaran.

"Ayuh daftar segera kerana tiada pendaftaran akan diterima selepas minggu ini," kata Encik Khairul Asyraf, pengasas 2Touch International.

Pendaftaran dibuka dari 9 pagi hingga 2 petang di HYFA yang terletak di Mattar Road.

Sebelum ke pusat pendaftaran, pasukan dinasihatkan supaya memuat turun dan mengisi borang pendaftaran yang boleh didapatkan di laman web http://bh.sg/futsal.

Mereka juga masih boleh melakukan pendaftaran secara online di laman itu dengan menghantar e-mel kepada 2touchinternational.sg@gmail.com dengan meletakkan tajuk e-mel sebagai 'Registration for BH.sg National Futsal Championship 2016'.

Kejohanan anjuran wadah digital akhbar ini akan diadakan di HYFA pada 3 dan 4 Disember ini.

Ia menampilkan enam kategori - Bawah 12 Tahun (U-12); Bawah 15 Tahun (U-15); Bawah 18 Tahun (U-18); Bawah 35 Tahun (U-35); Atas 35 Tahun (A-35); dan Wanita.

Bayaran bagi pendaftaran ialah $96.30 bagi U-12, U-15 dan U-18; dan $117.70 bagi U-35, A-35 dan Wanita.

Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg 2016 menawarkan hadiah bagi juara bernilai lebih $3,000. Ini tahun ketiga kejohanan tersebut diadakan.

Tahun lalu, Kejohanan Futsal Nasional 2015 mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan hampir 5,000 pemain dan penyokong.

Ia berlangsung pada Mei sempena sambutan ulang tahun Singapura ke-50.

Tahun ini, penganjur menyasarkan penyertaan 144 pasukan, justeru tempat bagi kejohanan terhad.

Kejohanan disokong iShine, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), H2O, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Tenderfresh, Allaudin & Friends dan Byherbs Wellness.

Keterangan lanjut boleh didapatkan di laman http://bh.sg/futsal atau dengan menghubungi pengarah 2Touch International, Encik Khidhir Khamis, di talian 9686-1824.>/p>


Turut serta setelah 'menyepi' 20 tahun

BeritaHarian, Thursday, 17 November 2016

KALI terakhir mereka mengambil bahagian dalam pertandingan futsal ialah sekitar 20 tahun yang lalu.

Itu pun semasa mereka masih muda, sekitar 20-an tahun dan kesihatan mereka berada pada tahap optimum.

Kini, mereka telah pun menjangkau usia antara 30-an dengan 40-an tahun, dengan sesetengah pula pernah mengalami kecederaan.

Namun, usia lanjut tidak sedikit pun menghalang sekumpulan sahabat, diberi nama Forever Brothers, mengambil bahagian dalam Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg 2016 yang bakal berlangsung pada 3 dan 4 Disember ini.

Ditemui baru-baru ini semasa sesi latihan di Arena Yishun, dekat pusat pertukaran bas Yishun, semangat Forever Brothers mahu mengambil bahagian jelas kelihatan pada raut wajah anggota pasukan itu.

Mereka antara pasukan dalam kategori Atas 35 Tahun (A-35) yang akan bertanding dalam kejohanan yang berlangsung di Akademi Bola Sepak Belia Home United (HYFA), Mattar Road.

Pasukan itu dibentuk pada 1986 oleh sekumpulan rakan yang sudah saling mengenal sejak di bangku sekolah lagi.

"Dulu, semasa pembangunan estet perumahan Yishun, kami semua tinggal di kawasan ini. Setiap petang kami berjumpa dan bermain bola bersama. Jadi dah lama kami berkawan," kata Encik Mohd Rozman Masuni, pengurus pasukan itu yang berusia 45 tahun.

Persahabatan mereka berkekalan hingga ke hari ini dan mereka sering berjumpa untuk bermain bola dan mengambil bahagian dalam pertandingan bola sepak di serata negara.

"Kami pernah menyertai acara bola sepak lain, tapi ini kali pertama selepas 20 tahun kami bakal bertanding dalam acara futsal. Boleh dikatakan kemahiran kami sudah berkarat!" seloroh Encik Rozman.

Pun begitu, beliau berkata anggota pasukan itu gigih berlatih sejak sekitar dua bulan lalu bagi mempersiapkan diri untuk acara anjuran BeritaHarian.sg itu.

Kapten pasukan, Encik Roslan Sa'ad, 46 tahun, turut yakin akan kebolehan ahli pasukannya itu.

Beliau yang juga penjaga gawang pasukan berkata:

"Kami berlatih seminggu sekali selama dua hingga tiga jam sejak dua bulan lalu. Kami sudah selalu bermain bersama jadi senang bagi kami bergabung. Lagi pula, kami sangat faham cara permainan antara satu sama lain.

"Harapan pasukan kami ialah sekurang-kurangnya melangkah ke peringkat suku akhir. Tapi kami tak memaksa diri memandangkan ramai antara kami yang ada kecederaan lutut dan sebagainya, maklumlah kami kumpulan veteran!"

Menurut Encik Rozman pula, mereka menyertai kejohanan futsal ini atas dorongan seorang ahli pasukan yang terbaca mengenainya melalui akhbar ini.

Mereka juga tidak akan terlalu merisaukan keputusan pertandingan - yang pertama bagi mereka dalam kejohanan anjuran platform digital akhbar ini.

"Tujuan asal kami ialah mengeratkan silaturahim selain menjaga kesihatan. Kami ingin tunjukkan kepada anak kami betapa kuatnya persahabatan ayah mereka sejak di bangku sekolah hingga kini, walaupun semua sudah berumah tangga.

"Selain itu, dengan membawa keluarga menyertai kegiatan sebegini, kami harap mereka dapat pengaruh yang baik dan tidak terjerumus melakukan perkara yang tidak senonoh," ujarnya.

Sekitar 144 pasukan dijangka bertanding dalam kejohanan yang diadakan buat tahun ketiga tahun ini.

Selain A-35, ia menampilkan lima kategori lain - Bawah 12 Tahun (U-12); Bawah 15 Tahun (U-15); Bawah 18 Tahun (U-18); Bawah 35 Tahun (U-35); dan Wanita.


Dua beradik buka akademi bola sepak

BeritaHarian, Monday, 14 November 2016

2Touch Soccer School tawar program latihan bagi kanak-kanak, belia dan guru dengan kerjasama kelab VVV-Venlo Belanda

MEREKA tidak pernah menjadi pemain profesional tetapi ini tidak menghalang kededua beradik ini menjadi jurulatih bola sepak dan menubuhkan sebuah sekolah bola sepak di Singapura.

Setelah bertahun berkecimpung dalam sukan tersebut, Encik Muhammad Khairul Asyraf Khamis dan adiknya, Encik Muhammad Khidhir Khamis, merasakan sudah tiba masa mereka memulakan sekolah bola sepak sendiri yang diberi nama 2Touch Soccer School.

Sekolah tersebut berada di bawah naungan syarikat 2Touch International yang ditubuhkan pada 2014 untuk membuktikan bahawa mereka yang tidak pernah menjadi pemain profesional juga boleh membuka akademi bola sepak.

2Touch adalah syarikat yang diberi tanggungjawab sebagai pengurus acara Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg yang bakal berlangsung pada 3 dan 4 Disember ini.

"Kebolehan seseorang jurulatih itu bukan berdasarkan sama ada beliau pernah bermain secara profesional atau tidak," kata Encik Khairul, 32 tahun, ketika ditemui baru-baru ini.

Encik Khidhir, 30 tahun, pula mencelah: "Saya kenal ramai yang mempunyai kebolehan tetapi tidak diberi peluang hanya kerana mereka bukan bekas pemain profesional."

Menceritakan pengalamannya, beliau berkata mereka perlu melalui pelbagai cabaran menjadi jurulatih pasukan bola sepak peringkat sekolah hingga ke pasukan Liga-S.

Antara lain, kededuanya pernah melatih pasukan belia kelab Geylang United (kini Geylang International FC), Tanjong Pagar United dan beberapa pasukan sekolah.

Encik Khidhir menambah, mereka membuat keputusan memulakan 2Touch sebagai langkah menyumbang kepada sukan bola sepak setempat.

2Touch menawarkan program latihan bola sepak bagi kanak-kanak dan belia berusia daripada empat hingga 16 tahun selain mengendalikan perlawanan bola sepak dan acara berkaitan.

"Awalnya memang tidak mudah. Kami mula melatih hanya dengan dua, tiga orang ketika itu," kata Encik Khairul.

Namun, bilangan peserta program 2Touch meningkat kepada sekitar 100 peserta pada akhir 2014.

Kini, sekolah tersebut berkembang dengan pesatnya hingga diminta menjalankan latihan bola sepak di 12 sekolah di Singapura.

Tahun lalu, mereka menjalin kerjasama dengan kelab Belanda VVV-Venlo untuk memperkenal program latihan bola sepak Total Soccer Method (TSM) ke Asia Tenggara.

Di bawah kerjasama itu, beberapa jurulatih 2Touch dihantar ke Belanda untuk mempelajari cara mengurus kelab, manakala para jurulatih VVV-Venlo diundang mengadakan bengkel bola sepak bagi para guru di Singapura dan kem bola sepak di Johor Bahru.

"Falsafah pendidikan dan latihan kami unik. Kami percaya semua pemain patut diberi peluang mengembangkan bakat. TSM juga mempunyai sistem yang sama.

"Pemain paling lemah juga harus diberi perhatian. Jadi tidak ada pemikiran melatih 11 pemain terbaik sahaja tetapi yang lain diketepikan," jelas Encik Khairul.

Bulan depan pula, 2Touch bakal mengadakan kursus jurulatih serta kem bola sepak di Jakarta, Indonesia.

DIBERI KEPERCAYAAN JADI PENGURUS ACARA KEJOHANAN FUTSAL NASIONAL BERITAHARIAN.SG

Ditanya tentang Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg yang bakal berlangsung di Akademi Bola Sepak Belia Home United (HYFA), Mattar Road, Encik Khairul berkata:

"Kami amat berbesar hati diberi peluang oleh Berita Harian bagi inisiatif ini. Tidak terdetik pun dalam hati kami menolak tawaran (menjadi pengurus acara) ini."

Pendaftaran bagi menyertai Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg masih terbuka.

Pasukan yang berminat menyertainya boleh membuat pendaftaran menerusi laman web http://bh.sg/futsal.


Pimpin Tanjong Katong jadi juara sekolah nasional

BeritaHarian, Monday, 14 November 2016

MINATNYA menjadi jurulatih bola sepak berputik ketika beliau berada dalam Perkhidmatan Negara lagi.

Namun, Encik Muhammad Khidhir Khamis pada mulanya tidak menganggap ia sebagai satu kerjaya, hanya sebagai kerja sambilan untuk mendapatkan wang tambahan.

Bagaimanapun, pada 2009, bekas pelajar Politeknik Temasek (TP) yang memiliki Diploma Perbankan dan Kewangan itu membuat keputusan menjadi jurulatih bola sepak sepenuh masa.

Beliau bermula di sebuah syarikat swasta sebelum menjadi jurulatih bawah usia 18 tahun bagi kelab Geylang United FC (kini Geylang International FC) pada 2011 dan kemudian jurulatih belia kelab Tanjong Pagar FC.

Pada akhir tahun lalu, Encik Khidhir ditawarkan menjadi jurulatih pasukan bola sepak Sekolah Menengah Tanjong Katong (TKSS).

Ternyata peluang itu tidak disesiakan, bahkan beliau membuktikan keupayaannya sebagai jurulatih dengan kejayaan memimpin TKSS merangkul gelaran juara Kejohanan Antara Sekolah Nasional Julai lalu - yang pertama dalam sejarah sekolah tersebut.

Pasukan yang dianggotai pelajar berusia antara 15 dengan 17 tahun itu mengalahkan Sekolah Menengah Hong Kah 1-0.

Pengasas bersama dan pengarah syarikat 2Touch International itu berkata, pasukan yang dilatihnya itu mempunyai kebolehan bermain tetapi kurang kekuatan mental.

Menyedari masalah tersebut, bapa seorang anak itu memberi tumpuan kepada latihan mental demi membina keyakinan sebagai pemain dan sebagai satu pasukan.

Beliau juga percaya pendidikan bola sepak juga amat penting kerana untuk menyerlah bukan setakat bermain di padang, malah tahu aspek teori, disiplin dan memahami kepentingan setiap anggota pasukan sama penting.

Ditemui baru-baru ini selepas sesi latihan di Sekolah Rendah Sengkang Green, Encik Khidhir berharap kemenangan itu boleh menjadi inspirasi kepada jurulatih lain, terutama yang tidak pernah bermain sebagai pemain profesional.

"Lebih banyak peluang juga mesti diberi kepada mereka yang berkebolehan menunjukkan kemampuan," kata beliau, yang memiliki lesen jurulatih bola sepak kelas 'A'.


H-Two-O taja minuman isotonik

BeritaHarian, Friday, 4 November 2016

PUNCA utama kekurangan air dalam badan atau dehidrasi adalah pengeluaran peluh yang menyebabkan suhu badan naik dan tubuh menjadi lemah.

Justeru, syarikat minuman isotonik Yeo's yang menghasilkan minuman berjenama H-Two-O menekankan bahawa bagi memastikan tubuh kekal bertenaga semasa senaman atau semasa menjalankan kegiatan sukan, penghidratan secara betul harus diamalkan.

Minum air sebelum, semasa dan sesudah permainan atau bersukan - demikian yang ingin disebarkan dan ditanam dalam minda orang ramai, terutama kepada peserta yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg 2016 tahun ini.

H-Two-O merupakan penaja minuman rasmi bagi kejohanan tersebut.

Ia akan menyediakan minuman isotonik bagi pemain semasa berlangsungnya kejohanan itu yang bakal diadakan di Akademi Bola Sepak Belia Home United (HYFA) di Mattar Road pada 3 dan 4 Disember ini.

Ini merupakan tahun kedua H-Two-O menjadi penaja minuman rasmi kejohanan tersebut.

Menurut syarikat itu, bagi memastikan bekalan air dalam badan mencukupi, air isotonik seharusnya diminum 30 minit sebelum memulakan kegiatan sukan dan juga setiap selang 20 minit.

Air isotonik juga seharusnya cukup diminum selepas kegiatan sukan bagi menggantikan air yang hilang melalui peluh.

Dibandingkan dengan air suam, air isotonik mempunyai perisa yang dapat menggalak atlit agar minum secukupnya.

Ia juga mengandungi bahan penting bagi membantu penambahan mineral yang hilang semasa kegiatan sukan.

Syarikat itu juga menasihatkan orang ramai supaya memastikan mereka tidak kekurangan air.

Ini dapat dilakukan dengan memantau gejala seperti bibir kering, sering berasa haus, kekejangan otot dan rasa lemah.

Jurucakap Yeo's berkata pihaknya berbesar hati dapat menjadi rakan hidrasi Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg dan akan memastikan pemain kekal bertenaga dengan bekalan air dan elektrolit yang mencukupi.

"H-Two-O merupakan penyokong arena sukan bola sepak Singapura buat sekian lama. Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menyemai minat dan penyertaan dalam sukan itu, kami berbesar hati menyokong Kejohanan Futsal Nasional BH tahun ini," ujarnya.

Tambahnya, sukan seperti futsal boleh dinikmati oleh ramai orang dan semangat ini diharap dapat dilanjutkan kepada penyertaan dalam sukan bola sepak tempatan.

Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg diadakan sekali lagi tahun ini dan mereka yang berminat boleh mendaftar melalui dalam talian di laman http://bh.sg/futsal.


Tempat bagi sertai kejohanan masih ada

BeritaHarian, Wednesday, 2 November 2016

TEMPAT bagi menyertai Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg 2016 masih ada, tetapi ia kian banyak terisi sejak pendaftaran dibuka bulan lalu.

Justeru, pasukan yang berminat dinasihatkan supaya segera mendaftar sebelum tarikh penutup pada 20 November ini.

Mereka boleh melakukan demikian menerusi dalam talian di laman web http://bh.sg/futsal.

Encik Khairul Asyraf, pengasas 2Touch International yang menguruskan kejohanan tersebut, berkata pihaknya setiap hari menerima banyak pertanyaan daripada pasukan yang berminat menyertai kejohanan tersebut.

"Tempat masih ada tetapi kian cepat diisi.

"Jika ia berterusan seperti ini, kami yakin kami tidak perlu menunggu 20 November ini untuk mengisi semua kategori itu," katanya.

Kejohanan anjuran wadah digital akhbar ini akan diadakan di Akademi Bola Sepak Belia Home United (HYFA), Mattar Road, pada 3 dan 4 Disember ini.

Ia menampilkan enam kategori - Bawah 12 tahun (U-12); Bawah 15 tahun (U-15); Bawah 18 tahun (U-18); Bawah 35 tahun (U-35); Atas 35 tahun (A-35); dan Wanita.

Bayaran bagi pendaftaran ialah $96.30 bagi U-12, U-15 dan U-18; dan $117.70 bagi U-35, A-35 dan Wanita.

Mereka yang ingin mendaftar menerusi dalam talian perlu memuat turun borang pendaftaran di laman http://bh.sg/futsal itu sebelum menghantar borang yang telah diisi dan borang perlindungan menerusi e-mel kepada alamat 2touchinternational.sg@gmail.com dengan tajuk 'Registration for BH.sg National Futsal Championship 2016'.

Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg 2016 menawarkan hadiah bagi juara bernilai lebih $3,000.

Ini tahun ketiga kejohanan tersebut diadakan.

Tahun lalu, Kejohanan Futsal Nasional 2015 mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan hampir 5,000 pemain dan penyokong.

Ia berlangsung pada Mei sempena sambutan ulang tahun Singapura ke-50.

Tahun ini, penganjur menyasarkan penyertaan 144 pasukan sahaja. Justeru, tempat bagi kejohanan itu terhad.

Kejohanan disokong iShine, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), H2O, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Tenderfresh, Allaudin & Friends dan Byherbs Wellness.

Keterangan lanjut boleh didapatkan di laman http://bh.sg/futsal atau dengan menghubungi pengarah 2Touch International, Encik Khidhir Khamis, di talian 9686-1824.


ByHerbs taja enam pasukan madrasah

BeritaHarian, Monday, 31 October 2016

MENDEKATI masyarakat menerusi bola sepak selain menjadikan sukan ini sebagai satu cara meluaskan rangkaian - terutamanya di kalangan pelajar.

Itulah yang diharapkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Byherbs Pte Ltd, Encik Nurhafihz Noor, 32 tahun, tatkala mengambil keputusan menjadi salah sebuah syarikat yang menaja Kejohanan Futsal Nasional anjuran BeritaHarian.sg tahun ini.

Pada masa yang sama, syarikat itu juga akan menaja pasukan futsal daripada enam madrasah setempat.

Selain menaja pertandingan itu, Byherbs Pte Ltd juga membayar pendaftaran setiap pasukan madrasah itu, selain menaja jersi bagi semua pemain madrasah yang menyertai acara tersebut.

"Kami percaya bahawa tajaan kami ini akan dapat meningkatkan minat para pelajar itu terhadap sukan tersebut.

"Apatah lagi kami juga sebuah syarikat yang memberi perhatian kepada makanan tambahan demi menjamin kesihatan yang lebih baik - tidak kira sama ada golongan dewasa mahupun kanak-kanak.

"Dengan secara tidak langsung ia juga memberi peluang kepada para pemain pasukan yang kami taja itu meluaskan rangkaian dengan para pelajar lain," kata beliau lagi.

Dianggarkan tajaan jersi yang lengkap dengan seluar dan setokin itu bernilai sekitar $4,800.

Salah sebuah madrasah yang dijangka menghantar sebuah pasukan remajanya ialah Madrasah Aljunied Al-Islamiah.

Ia menganggap pertandingan tersebut sebagai peluang mendedahkan para pelajar kepada erti kerjasama.

Ketua Jabatan Kegiatan KoKurikular Madrasah Aljunied, Ustaz Roslan Aman, berkata pihaknya menghantar dua pasukan untuk mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.>

"Bukan sekadar ia satu peluang meluaskan rangkaian kenalan dengan belia lain, malah ia juga memberi peluang kepada para pelajar itu mendedahkan diri kepada kegiatan menyihatkan.

"Pucuk pangkalnya sebagai pelajar, mereka perlu hidup secara holistik agar sihat fizikal dan minda," kata Ustaz Roslan.


Pasukan berminat boleh daftar melalui dalam talian

BeritaHarian, Monday, 31 October 2016

PASUKAN yang berminat menyertai Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg 2016 pada 3 dan 4 Disember ini kini boleh mendaftar melalui dalam talian.

Justeru bagi mereka yang berminat, tunggu apa lagi. Ayuh daftar!

Pendaftaran masih dibuka sehingga 20 November ini, namun tempat bagi kejohanan terhad kerana ia telah pun banyak diisi semasa hari pendaftaran awal pada 22 dan 23 Oktober lalu.

Kejohanan yang akan berlangsung di Akademi Bola Sepak Belia Home United (HYFA), Mattar Road, itu menawarkan bayaran pendaftaran sebanyak $96.30 bagi kategori bawah 12 tahun (U-12), bawah 15 tahun (U-15) dan bawah 18 tahun (U-18).

Bagi kategori bawah 35 tahun (U-35), atas 35 tahun (A-35) dan Wanita, bayarannya ialah $117.70.

Pasukan yang berminat perlu memuat turun borang pendaftaran di laman http://bh.sg/futsal sebelum menghantar borang yang telah diisi dan borang perlindungan menerusi e-mel kepada alamat 2touchinternational.sg@gmail.com dengan tajuk "Registration for BH.sg National Futsal Championship 2016".

Dalam kejohanan tersebut, kategori U-12 dibuka kepada pemain yang lahir antara 2004 dengan 2007; U-15 lahir pada 2001 atau sesudahnya; dan U-18 lahir pada 1998 atau sesudahnya.

Bagi U-35, ia dibuka kepada pemain yang lahir pada 1981 atau sesudahnya; A-35 lahir pada 1980 atau sebelumnya; manakala kategori wanita dibuka kepada pemain berusia 14 tahun ke atas.

Kejohanan Futsal Nasional 2016 menawarkan hadiah juara bernilai lebih $3,000.

Ini tahun ketiga kejohanan tersebut diadakan.

Tahun lalu, Kejohanan Futsal Nasional 2015 mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan hampir 5,000 pemain dan penyokong.

Ia berlangsung pada Mei sempena sambutan ulang tahun Singapura ke-50.

Tahun ini, penganjur menyasarkan penyertaan 144 pasukan sahaja. Justeru tempat bagi kejohanan itu terhad.

Kejohanan disokong iShine, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), H2O, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Tenderfresh, Allaudin & Friends dan Byherbs Wellness.

Keterangan lanjut boleh didapatkan melalui laman http://bh.sg/futsal atau hubungi pengarah 2Touch International, Encik Khidhir Khamis, di talian 9686-1824.


Suami isteri ganding bahu majukan syarikat

BeritaHarian, Monday, 31 October 2016

APABILA menukar haluan ke bidang perniagaan selepas bekerja di sebuah badan berkanun tiga tahun sebelum itu, Cik Siti Nur Aisyah Ismail tidak menyangka ia merupakan 'dunia' baru baginya.

Jika sebelum ini Cik Siti Nur Aisyah, 28 tahun, bekerja mengikut arahan, kini beliau yang memberi arahan - bukan menunjuk kuasa, tetapi bagi memastikan kelancaran perniagaan keluarganya itu.

Lulusan diploma Syariah daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa (Kuis), Selangor, itu tidak pernah terfikir akan menceburi bidang perniagaan semasa di sekolah.

Perubahan dan cabaran itu merupakan pengalaman berbeza bagi beliau dalam beberapa bulan pertama memulakan kerjaya barunya itu di syarikat Byherbs Pte Ltd, yang menjual produk makanan tambahan atau suplemen.

"Sebabnya saya sukar memahami selok-belok perniagaan ketika itu," kata bekas penuntut madrasah setempat itu lagi.

Namun berbekalkan semangat, pengetahuan yang dikongsi bapa dan pak ciknya serta sokongan pekerja di situ, Cik Siti Nur Aisyah mampu membawa syarikat tersebut ke peringkat lebih tinggi.

Syarikat yang dimulakan dengan pelaburan sekitar $50,000 pada 2010 itu mampu menjana penjualan mencecah lebih $450,000 tahun lalu.

Difahamkan hasil jualan syarikat itu meningkat sekitar 18 peratus setiap tahun sejak tiga tahun lalu - tempoh Cik Siti Nur Aisyah menyertai syarikat tersebut selaku Pengurus Besar.

Lebih menarik lagi, suaminya, Encik Nurhafihz Noor, 32 tahun, kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat tersebut sejak tiga bulan lalu.

Adakah ini menimbulkan cabaran kepadanya?

"Pada awalnya saya bimbang juga sekiranya masalah di tempat kerja akan terbawa-bawa sehingga ke rumah.

"Tapi saya mula membiasakan diri dengan keadaan itu, dan nampaknya semuanya berjalan lancar," jelas beliau yang berumah tangga tiga tahun lalu.

Encik Nurhafihz, lulusan Sarjana Pemasaran daripada Universiti Kolej Dublin, dan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Nasional Singapura (NUS), menganggap dengan bekerja bersama dan di tempat yang sama dapat memberi manfaat dari sudut pemasaran.

"Kemahiran yang ditimba dalam mengharungi segala cabaran itu mengajar kami agar banyak bersabar dan pastinya ini memberi manfaat kepada klien kami juga.

"Pada masa yang sama, perniagaan ini juga dapat membantu hubungan kami suami isteri, contohnya dari sudut komunikasi yang berkesan dalam keluarga juga," tambah Encik Nurhafihz.

Sebelum ini beliau pernah bekerja di salah sebuah badan berkanun selain beberapa industri lain.

PERTINGKAT ILMU

Kini Cik Siti Nur Aisyah memimpin seksyen pentadbiran kewangan dan sumber tenaga manusia bagi syarikat yang sudah berusia enam tahun itu.

Kesemuanya terdapat 12 kakitangan di syarikat yang berpangkalan di Ubi Avenue 1 itu.

Bagi mengukuh dan menambah pengetahuannya dalam bidang perniagaan, Cik Siti Nur Aisyah telah mengambil kursus diploma dalam bidang pentadbiran secara privet.

Selain memastikan akaun syarikat diuruskan dengan baik, beliau juga perlu memastikan pihaknya mendapat pekerja yang berwibawa dan mampu menjalankan kerja dengan baik.

"Saya kini diberi tanggungjawab cukup berat.

"Bukan sahaja saya perlu pastikan operasi kewangan syarikat ini berjalan lancar, malah saya juga perlu pastikan kakitangan syarikat ini terus bekerja di sini.

"Antara mereka yang bekerja di sini termasuk golongan istimewa.

"Ini bagaikan satu amanah buat saya demi menjamin masa depan para pekerja itu semua," kata Cik Siti Nur Aisyah.

Infografik: Kejohanan Futsal National BeritaHarian.sg 2016


Kejohanan BH platform baik bagi belia sertai

BeritaHarian, Tuesday, 25 October 2016

ADA yang ingin mengharumkan nama sekolah. Ada mahu bermain bersama kawan lama.

Terdapat juga bekas pemain bola sepak negara yang mendaftarkan anaknya kerana mahu dia meluangkan masa dalam kegiatan sihat.

Demikian antara matlamat pasukan-pasukan yang menyertai Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg 2016, yang akan berlangsung pada 3 dan 4 Disember ini.

Mereka telah mendaftar bagi kejohanan itu di Akademi Bola Sepak Belia Home United (HYFA) pada hujung minggu lalu.

Pendaftaran awal itu mendapat sambutan menggalakkan, sehingga banyak tempat sudah pun terisi.

Pendaftaran tersebut menampilkan bayaran istimewa $74.90 bagi kategori bawah 12 tahun (U-12), bawah 15 tahun (U-15) dan bawah 18 tahun (U-18).

Bagi kategori bawah 35 tahun (U-35), atas 35 tahun (A-35) dan Wanita, bayarannya ialah $96.30.

"Ini kali pertama kami mengambil bahagian. Kami berharap dapat memenangi trofi dan membanggakan pihak sekolah," kata kapten pasukan belia ES Warriors, Muhammad Azri Amir.

Azri, 14 tahun, pelajar Sekolah Menengah East Spring, ditemui bersama rakan-rakannya di pusat pendaftaran HYFA.

Mereka mendaftar pasukan bagi kategori U-15.

Bagi Encik Rahmat Sadon pula, anggota pasukan Olawif yang didaftarnya bagi kategori dewasa A-35 merupakan bekas rakan sekolah yang sering bermain bola bersama semasa zaman sekolah.

"Ini pasukan yang dibentuk semula dan kami berharap dapat menunjukkan prestasi terbaik sambil menikmati keseronokan bermain futsal," katanya.

Bekas pemain bola sepak negara, Encik Shamsudin Rahmat, pula membuat pendaftaran bagi pasukan anaknya.

Ketika ditemui, beliau berkata kejohanan futsal yang dianjurkan BeritaHarian.sg ini merupakan platform yang baik bagi belia meluangkan masa menjalani kegiatan sukan yang sihat.

"Sukan bukan sahaja membentuk keperibadian, malah membangun jiwa pemain muda," katanya, yang juga pernah menjadi jurulatih kelab Geylang International.

Salah sebuah syarikat penaja kejohanan ini, ByHerbs Wellness, telah menghantar enam pasukan dari sektor madrasah untuk bertanding.

Wakil syarikat itu, Cik Najlaa Hameed Maricar, berkata enam pasukan itu terdiri daripada madrasah-madrasah Al-Arabiah, Irsyad, Aljunied dan Wak Tanjong, yang akan menyertai kategori U-15 dan U-18.

Seorang lagi peserta ialah Ng Wei Hao, 16 tahun. Dia mendaftar pasukan bagi kategori U-18 kerana minat yang mendalam terhadap sukan tersebut.

"Kami amat meminati sukan ini. Kami hanya mahu menikmati keseronokan bermain. Ia lebih penting daripada memenangi pertandingan," katanya.

Pendaftaran awal sudah pun berakhir, tetapi pasukan berminat masih boleh mendaftar sehingga 20 November ini.

Bayaran pendaftaran biasa ialah $96.30 bagi kategori bawah 12 tahun (U-12), bawah 15 tahun (U-15) dan bawah 18 tahun (U-18).

Bagi kategori bawah 35 tahun (U-35), atas 35 tahun (A-35) dan Wanita, bayarannya ialah $117.70.

Keterangan lanjut boleh didapatkan melalui laman http://bh.sg/futsal atau hubungi pengarah 2Touch International, Encik Khidhir Khamis, di talian 9686-1824.

Layari laman BeritaHarian.sg bagi menonton video pendaftaran kejohanan dan berita lain acara


Pasukan berminat masih boleh daftar

BeritaHarian, Monday, 24 October 2016

PASUKAN yang terlepas peluang mendaftar bagi Kejohanan Futsal Nasional 2016 anjuran BeritaHarian.sg hujung minggu lalu masih boleh berbuat demikian pada 19 dan 20 November ini.

Pendaftaran akan juga diadakan di Akademi Bola Sepak Belia Home United (HYFA), Mattar Road, dari 9 pagi hingga 2 petang.

Bayaran $96.30 dikenakan bagi kategori bawah 12 tahun (U-12), bawah 15 tahun (U-15) dan bawah 18 tahun (U-18).

Bagi kategori bawah 35 tahun (U-35), atas 35 tahun (A-35) dan Wanita, bayarannya ialah $117.70.

Kategori U-12 dibuka kepada pemain yang lahir antara 2004 dengan 2007; U-15 lahir pada 2001 atau sesudahnya; dan U-18 lahir pada 1998 atau sesudahnya.

Bagi U-35, ia dibuka kepada pemain yang lahir pada 1981 atau sesudahnya; A-35 lahir pada 1980 atau sebelumnya; manakala kategori wanita dibuka kepada pemain berusia 14 tahun ke atas.

Kejohanan Futsal Nasional 2016 di HYFA menawarkan hadiah juara bernilai lebih $3,000.

Ini tahun ketiga kejohanan tersebut diadakan.

Tahun lalu, Kejohanan Futsal Nasional 2015 mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan hampir 5,000 pemain dan penyokong.

Ia berlangsung Mei sempena sambutan ulang tahun Singapura ke-50.

Tahun ini, penganjur menyasarkan penyertaan 144 pasukan sahaja. Justeru tempat bagi kejohanan itu terhad.

Kejohanan disokong iShine, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), H2O, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Tenderfresh, Allaudin & Friends dan Byherbs Wellness.

Keterangan lanjut boleh diperolehi melalui laman http://bh.sg/futsal atau hubungi pengarah 2Touch International, Encik Khidhir Khamis, di talian 9686-1824.


Daftar awal sebab tempat terhad

BeritaHarian, Friday, 21 October 2016

PASUKAN futsal yang berminat menyertai Kejohanan Futsal Nasional 2016 anjuran BeritaHarian.sg dinasihatkan supaya datang awal ke pusat pendaftaran memandangkan tempat bagi kejohanan tersebut terhad.

Pendaftaran awal akan diadakan di Akademi Bola Sepak Belia Home United (HYFA), Mattar Road, esok dan lusa (22 dan 23 Oktober) bermula dari 9 pagi hingga 2 petang.

Syarikat pengurusan acara kejohanan, 2Touch International, telah menasihatkan pasukan berminat agar memuatturunkan borang penyertaan yang boleh didapatkan di laman http://bh.sg/futsal sebelum datang ke pusat pendaftaran.

"Kami ingin menasihatkan pasukan supaya datang awal untuk menempah tempat mereka," kata pengasas 2Touch International, Encik Khairul Asyraf.

Beliau juga mengingatkan pasukan bahawa tempat meletak kereta di HYFA akan ditutup pada hari Ahad kerana terdapat acara privet di sana.

"Namun, mereka boleh menggunakan tempat meletak kereta awam berdekatan," tambah beliau.

Pendaftaran awal bagi Kejohanan Futsal Nasional 2016 menampilkan bayaran istimewa, iaitu $74.90 bagi kategori bawah 12 tahun (U-12), bawah 15 tahun (U-15) dan bawah 18 tahun (U-18).

Bagi kategori bawah 35 tahun (U-35), atas 35 tahun (A-35) dan Wanita, bayarannya ialah $96.30.

Hanya dua pasukan daripada setiap kelab, pertubuhan, kumpulan, syarikat dan sebagainya dibolehkan mendaftar dalam peringkat pendaftaran awal ini.

Pendaftaran biasa pula bakal diadakan pada 19 dan 20 November.

Bayaran biasa ialah $96.30 bagi U-12, U-15 serta U-18; dan $117.70 bagi U-35, A-35 dan Wanita.

Semua bayaran termasuk GST.

Kategori U-12 dibuka kepada pemain yang dilahirkan antara 2004 dengan 2007; U-15, dilahirkan pada 2001 atau sesudahnya; dan U-18, dilahirkan pada 1998 atau sesudahnya.

Bagi U-35, ia dibuka kepada pemain yang dilahirkan pada 1981 atau sesudahnya; A-35, dilahirkan pada 1980 atau sebelumnya; manakala kategori wanita dibuka kepada pemain berusia ke atas 14 tahun.

Kejohanan Futsal Nasional 2016, yang akan diadakan di HYFA, menawarkan hadiah juara bernilai lebih $3,000.

Ini tahun ketiga kejohanan tersebut diadakan.

Tahun lalu, Kejohanan Futsal Nasional 2015 mendapat sambutan besar dengan penyertaan hampir 5,000 pemain dan penyokong.

Ia berlangsung Mei tahun lalu sempena sambutan ulang tahun Singapura ke-50.

Tahun ini, penganjur menyasarkan penyertaan 144 pasukan sahaja. Justeru, tempat bagi kejohanan terhad.

Kejohanan disokong iShine, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), H2O, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Tenderfresh, Allaudin & Friends dan Byherbs Wellness.

Keterangan lanjut boleh diperolehi melalui laman http://bh.sg/futsal atau hubungi pengarah 2Touch International, Encik Khidhir Khamis, di talian 9686-1824.

INFOGRAFIK: KEJOHANAN FUTSAL NASIONAL 2016 BERITAHARIAN.SG '


Rebut bayaran istimewa dengan mendaftar awal

BeritaHarian, Thursday, 20 October 2016

AYUH kaki bola!

Jangan lepaskan peluang beraksi dalam kejohanan futsal anjuran BeritaHarian.sg dan daftarkan pasukan anda di Akademi Bola Sepak Belia Home United (HYFA), Mattar Road, Sabtu dan Ahad ini.

Disebabkan tempat bagi kejohanan yang akan berlangsung pada 3 dan 4 Disember ini terhad, anda dinasihatkan supaya mendaftar awal sambil menikmati potongan harga.

Pendaftaran awal bagi Kejohanan Futsal Nasional 2016 menampilkan bayaran istimewa, iaitu $74.90 bagi kategori bawah 12 tahun (U-12), bawah 15 tahun (U-15) dan bawah 18 tahun (U-18).

Bagi kategori bawah 35 tahun (U-35), atas 35 tahun (A-35) dan Wanita, bayarannya ialah $96.30.

Hanya dua pasukan sahaja daripada setiap kelab, pertubuhan, kumpulan, syarikat dan sebagainya dibolehkan mendaftar dalam peringkat pendaftaran awal ini.

Bayaran biasa ialah $96.30 bagi U-12, U-15 serta U-18; dan $117.70 bagi U-35, A-35 dan Wanita.

Pendaftaran biasa ini diadakan pada 19 dan 20 November.

Waktu pendaftaran bagi kededua tempoh adalah dari 9 pagi hingga 2 petang. Semua bayaran termasuk GST.

Kategori U-12 dibuka kepada pemain yang dilahirkan antara 2004 dengan 2007; U-15, dilahirkan pada 2001 atau sesudahnya; dan U-18, dilahirkan pada 1998 atau sesudahnya.

Bagi U-35, ia dibuka kepada pemain yang dilahirkan pada 1981 atau sesudahnya; A-35, dilahirkan pada 1980 atau sebelumnya; manakala kategori wanita dibuka kepada pemain berusia ke atas 14 tahun.

Kejohanan Futsal Nasional 2016, yang akan diadakan di HYFA, menawarkan hadiah juara bernilai lebih $3,000.

Ini tahun ketiga kejohanan tersebut diadakan.

Tahun lalu, Kejohanan Futsal Nasional 2015 mendapat sambutan besar dengan penyertaan hampir 5,000 pemain dan penyokong.

Ia berlangsung Mei tahun lalu sempena sambutan ulang tahun Singapura ke-50.

Tahun ini, penganjur menyasarkan penyertaan 144 pasukan sahaja. Justeru, tempat bagi kejohanan terhad.

Kejohanan disokong iShine, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), H2O, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Tenderfresh, Allaudin & Friends dan Byherbs Wellness.

Keterangan lanjut boleh diperolehi melalui laman http://bh.sg/futsal atau hubungi pengarah 2Touch International, Encik Khidhir Khamis, di talian 9686-1824.

INFOGRAFIK: Kejohanan Futsal Nasional 2016 BeritaHarian.sg


Ayuh 'abang', main futsal tingkat kecergasan

BeritaHarian, Wednesday, 19 October 2016

BAGI peminat bola sepak lelaki berusia lebih 35 tahun yang masih 'kaki bola' dan mahu membuktikan masih 'gagah' di padang bola, mengapa tidak sertai Kejohanan Futsal Nasional 2016 BeritaHarian.sg pada 3 dan 4 Disember ini?

Sambil anda seronok bermain, kejohanan tersebut juga memberi peluang anda meningkatkan kecergasan menerusi kegiatan sukan yang menyihatkan.

Menyedari akan matlamat itu, pihak penganjur kejohanan ini telah mengkhususkan kategori usia lebih 35 tahun (A-35) sebagai platform bagi 'abang-abang' yang berminat.

Pendaftaran awal bagi kejohanan tersebut akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini di Akademi Bola Sepak Belia Home United (HYFA), 8 Mattar Road, dekat MacPherson.

Pendaftaran awal mengenakan bayaran $74.90 bagi kategori bawah 12 tahun (U-12), bawah 15 tahun (U-15) dan bawah 18 tahun (U-18); manakala kategori bawah 35 tahun (U-35), A-35 dan Wanita dikenakan bayaran $96.30.

Namun, hanya dua pasukan sahaja daripada setiap kelab, pertubuhan, kumpulan, syarikat dan sebagainya dibolehkan mendaftar dalam peringkat pendaftaran awal ini.

Bayaran biasa pula ialah $96.30 bagi U-12, U-15 serta U-18; dan $117.70 bagi U-35, A-35 dan Wanita.

Pendaftaran biasa diadakan pada 19 dan 20 November ini. Waktu pendaftaran dari 9 pagi hingga 2 petang. Semua bayaran termasuk GST.

Kejohanan Futsal Nasional 2016 anjuran platform digital akhbar ini akan diadakan di HYFA dengan hadiah bernilai lebih $3,000 menanti juaranya.

Ini tahun ketiga kejohanan tersebut diadakan.

Tahun lalu, Kejohanan Futsal Nasional 2015 mendapat sambutan di luar jangkaan dengan penyertaan hampir 5,000 pemain dan penyokong. Ia diadakan pada Mei tahun lalu sempena sambutan ulang tahun Singapura ke-50.

Tahun ini, pihak penganjur menyasarkan 128 pasukan, justeru tempat bagi kejohanan terhad.

Kategori U-12 dibuka kepada pemain yang dilahirkan antara 2004 dengan 2007; U-15, dilahirkan pada 2001 atau sesudahnya; dan U-18, dilahirkan pada 1998 atau sesudahnya.

Bagi U-35, ia dibuka kepada pemain yang dilahirkan pada 1981 atau sesudahnya; A-35, dilahirkan pada 1980 atau sebelumnya; manakala kategori wanita dibuka kepada pemain berusia ke atas 14 tahun.

Kejohanan disokong iShine, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), H2O, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Tenderfresh, Alaudin & Friends dan Byherbs Wellness.

Keterangan lanjut boleh diperolehi melalui laman http://bh.sg/futsal atau hubungi pengarah 2Touch International, Encik Khidhir Khamis, di talian 9686-1824.

INFOGRAFIK: Kejohanan Futsal Nasional 2016 BeritaHarian.sg


Pasukan wanita, buktikan kemahiran anda!

BeritaHarian, Tuesday, 18 October 2016

KAUM wanita yang ingin membuktikan kemahiran bermain bola sepak sambil menyihatkan badan dialu-alukan menyertai Kejohanan Futsal Nasional 2016 BeritaHarian.sg pada 3 dan 4 Disember ini.

Tahun lalu, kategori wanita dalam kejohanan itu mendapat sambutan hangat peminat bola wanita, malah terdapat pasukan wanita ekspatriat, bekas pemain nasional dan pasukan wanita selebriti yang turut serta.

Pendaftaran awal bagi kejohanan tersebut akan diadakan pada 22 dan 23 Oktober ini (Sabtu dan Ahad) di Akademi Bola Sepak Belia Home United (HYFA), 8 Mattar Road, dekat MacPherson.

Bagi pendaftaran awal, bayaran $74.90 dikenakan bagi kategori bawah 12 tahun (U-12), bawah 15 tahun (U-15) dan bawah 18 tahun (U-18); manakala kategori bawah 35 tahun (U-35), lebih 35 tahun dan Wanita dikenakan bayaran $96.30.

Namun, hanya dua pasukan sahaja daripada setiap kelab, pertubuhan, kumpulan, syarikat dan sebagainya dibolehkan mendaftar dalam peringkat pendaftaran awal ini.

Bayaran biasa pula ialah $96.30 bagi U-12, U-15 serta U-18; dan $117.70 bagi U-35, A-35 dan Wanita.

Pendaftaran biasa diadakan pada 19 dan 20 November.

Waktu pendaftaran pula dibuka dari 9 pagi hingga 2 petang.

Semua bayaran termasuk GST.

Kejohanan Futsal Nasional 2016 anjuran platform digital akhbar ini akan diadakan di HYFA dengan hadiah bernilai lebih $3,000 menanti sang juara. Ini tahun ketiga kejohanan tersebut diadakan.

Tahun lalu, Kejohanan Futsal Nasional 2015 mendapat sambutan di luar jangkaan dengan penyertaan hampir 5,000 pemain dan penyokong.

Ia diadakan Mei 2015 sempena sambutan ulang tahun Singapura ke-50.

Tahun ini, penganjur menyasarkan penyertaan 128 pasukan, justeru tempat adalah terhad.

Kategori U-12 dibuka kepada pemain yang dilahirkan antara 2004 dengan 2007; U-15 (dilahirkan dalam 2001 atau sesudahnya); dan U-18 (dilahirkan dalam 1998 atau sesudahnya).

Bagi U-35, ia dibuka kepada pemain yang dilahirkan pada 1981 atau sesudahnya; A-35 (dilahirkan pada 1980 atau sebelumnya); manakala kategori wanita dibuka kepada pemain berusia atas 14 tahun.

Kejohanan disokong iShine, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), H2O, Tenderfresh, Alaudin & Friends dan Byherbs Wellness.

Keterangan lanjut boleh didapatkan melalui laman http://bh.sg/futsal atau hubungi pengarah 2Touch International, Encik Khidhir Khamis, di talian 9686-1824.


Daftar awal manfaatkan bayaran lebih rendah

BeritaHarian, Wednesday, 12 October 2016

MANFAATKAN bayaran pendaftaran yang lebih rendah bagi Kejohanan Futsal Nasional 2016 BeritaHarian.sg jika anda mendaftar awal bagi kejohanan tersebut.

Jadi tunggu apa lagi?

Ayuh bentuk dan daftar pasukan anda itu pada 22 dan 23 Oktober ini (Sabtu dan Ahad) di Akademi Bola Sepak Belia Home United (HYFA), 8 Mattar Road, dekat MacPherson.

Pendaftaran awal mengenakan bayaran $74.90 bagi kategori bawah 12 tahun (U-12), bawah 15 tahun (U-15) dan bawah 18 tahun (U-18). Manakala kategori bawah 35 tahun (U-35), lebih 35 tahun dan Wanita dikenakan bayaran $96.30.

Namun, hanya dua pasukan sahaja daripada setiap kelab, pertubuhan, kumpulan, syarikat dan sebagainya dibolehkan mendaftar dalam peringkat pendaftaran awal ini.

Bayaran biasa pula adalah $96.30 bagi U-12, U-15 dan U-18 dan $117.70 bagi U-35, A-35 dan Wanita.

Pendaftaran biasa diadakan pada 19 dan 20 November. Waktu pendaftaran pula dibuka dari 9 pagi hingga 2 petang, manakala semua bayaran termasuk GST.

Kejohanan Futsal Nasional 2016 anjuran platform digital akhbar ini akan diadakan di HYFA pada pada 3 dan 4 Disember ini. Hadiah bernilai lebih $3,000 menanti juara kejohanan.

Ini merupakan tahun ketiga kejohanan tersebut diadakan. Tahun lalu, Kejohanan Futsal Nasional 2015 mendapat sambutan di luar jangkaan dengan penyertaan hampir 5,000 pemain dan penyokong. Ia diadakan Mei 2015 sempena sambutan ulang tahun Singapura ke-50.

Tahun ini pihak penganjur mensasarkan 128 pasukan, justeru tempat bagi kejohanan terhad.

Pasukan boleh menyertai kategori U-12 yang dibuka kepada pemain yang dilahirkan antara tahun 2004 hingga 2007; U-15 (dilahirkan dalam 2001 atau sesudahnya); dan U-18 (dilahirkan dalam 1998 atau sesudahnya).

Bagi U-35, ia dibuka kepada pemain yang dilahirkan pada 1981 atau sesudahnya; A-35 (dilahirkan pada 1980 atau sebelumnya); manakala kategori wanita dibuka kepada pemain berusia atas 14 tahun.

Kejohanan disokong iShine, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), H2O, Tenderfresh, Alaudin & Friends dan Byherbs Wellness.

Keterangan lanjut boleh diperolehi melalui laman http://bh.sg/futsal atau hubungi pengarah 2Touch International, Encik Khidhir Khamis, di talian 9686-1824.


Kejohanan tawar hadiah lebih $3,000 bagi juara

BeritaHarian, Thursday, 29 September 2016

HADIAH bernilah lebih $3,000 menanti juara Kejohanan Futsal Nasional 2016 anjuran BeritaHarian.sg pada 3 dan 4 Disember ini.

Jadi tunggu apa lagi?

Ayuh segera bentuk pasukan dan ambil bahagian dalam kejohanan yang bakal berlangsung selama dua hari (Sabtu dan Ahad) di Akademi Bola Sepak Belia Home United (HYFA), 8 Mattar Road, dekat MacPherson.

Tahun ini, penganjur berharap menarik 128 pasukan yang akan bertanding dalam enam kategori - bawah 12 tahun (U-12); bawah 15 tahun (U-15); bawah 18 tahun (U-18); bawah 35 tahun (U-35); atas 35 tahun (A-35); dan Wanita.

Kategori U-12 dibuka kepada pemain yang dilahirkan antara tahun 2004 hingga 2007; U-15 (dilahirkan dalam 2001 atau sesudahnya); dan U-18 (dilahirkan dalam 1998 atau sesudahnya).

Bagi U-35, ia dibuka kepada pemain yang dilahirkan pada 1981 atau sesudahnya; A-35 (dilahirkan pada 1980 atau sebelumnya); manakala kategori wanita dibuka kepada pemain berusia atas 14 tahun.

Tahun lalu, Kejohanan Futsal Nasional 2015 mendapat sambutan di luar jangkaan dengan penyertaan hampir 5,000 pemain dan penyokong.

Ia diadakan pada Mei 2015 sempena sambutan ulang tahun Singapura ke-50.

Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg juga bertujuan memperkukuh integrasi sosial dan ikatan berbilang kaum sambil menjalankan kegiatan sihat menerusi sukan.

Bayaran pendaftaran awal sebanyak $74.90 dikenakan bagi U-12, U-15 dan U-18 dan $96.30 bagi kategori U-35, A-35 dan Wanita.

Pendaftaran awal diadakan pada 22 dan 23 Oktober ini.

Namun, ia hanya dihadkan kepada dua pasukan sahaja bagi setiap kelab, kumpulan, pertubuhan, syarikat dan sebagainya.

Bayaran pendaftaran biasa pula sebanyak $96.30 bagi U-12, U-15 dan U-18 dan $117.70 bagi U-35, A-35 dan Wanita.

Pendaftaran biasa diadakan pada 19 dan 20 November.

Semua bayaran termasuk GST.

Waktu pendaftaran pula adalah dari 9 pagi hingga 2 petang di HYFA.

Perlawanan pada hari kejohanan pula bermula dari 8 pagi hingga 8 malam.

Kejohanan disokong iShine, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Yeo's, Tenderfresh, Alaudin & Friends dan Byherbs Wellness.

Keterangan lanjut boleh diperolehi melalui laman http://bh.sg/futsal atau hubungi pengarah 2Touch International, Encik Khidhir Khamis, di talian 9686-1824.


Penganjur sasar 128 pasukan sertai kejohanan

BeritaHarian, Tuesday, 27 September 2016

KEJOHANAN futsal peringkat nasional anjuran BeritaHarian.sg kembali sekali lagi tahun ini pada 3 dan 4 Disember ini.

Berlangsung selama dua hari (Sabtu dan Ahad), ia akan diadakan di Akademi Bola Sepak Belia Home United (HYFA), di alamat 8 Mattar Road, dekat MacPherson.

Pasukan yang bertanding berpeluang memenangi pelbagai hadiah, termasuk wang tunai sehingga $3,000.

Enam kategori akan dipertanding dalam kejohanan kali ini - kategori bawah 12 tahun (U-12); bawah 15 tahun (U-15); bawah 18 tahun (U-18); bawah 35 tahun (U-35); atas 35 tahun (A-35); dan Wanita.

Tahun lalu, Kejohanan Futsal Nasional 2015 BH mendapat sambutan hangat dengan hampir 5,000 pemain dan penyokong hadir.

Ia diadakan pada Mei 2015 sempena sambutan ulang tahun Singapura ke-50.

Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg juga bertujuan memperkukuh integrasi sosial dan ikatan berbilang kaum sambil menjalankan kegiatan sihat menerusi sukan.

Kali ini, pihak penganjur berharap dapat menarik sekitar 128 pasukan secara keseluruhannya.

Pendaftaran awal mengenakan bayaran $70 bagi kategori U-12, U-15 dan U-18, dan $90 bagi kategori U-35, A-35 dan Wanita.

Ia akan diadakan pada 22 dan 23 Oktober ini.

Pendaftaran awal dihadkan kepada dua pasukan bagi setiap kelab, kumpulan, pertubuhan, syarikat dan sebagainya.

Pendaftaran biasa pula, dengan bayaran $90 bagi U-12, U-15 dan U-18 dan $110 bagi U-35, A-35 dan Wanita, akan diadakan pada 19 dan 20 November.

Semua bayaran sebelum GST.

Waktu pendaftaran pula adalah dari 9 pagi hingga 2 petang di HYFA.

Seorang jurulatih dan pengurus pasukan Junior Centre of Excellence (JCOE) Ang Mo Kio (AMK), Encik Mohamed Ashrudin Mohamed Iqbal, berkata JCOE mungkin menghantar sebuah pasukan atau dua bagi kejohanan futsal kali ini.

"Saya rasa ini wadah yang baik untuk mereka mendapatkan pendedahan dan, jika peluang sebegini timbul, kami tidak harus melepaskannya.

"Acara ini juga merupakan acara yang baik di mana jurulatih dapat mengenal pasti bakat yang mungkin ada seperti iShine, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Yeo's, Tenderfresh dan Byherbs Wellness.

Keterangan lanjut boleh diperolehi melalui laman http://bh.sg/futsal atau hubungi pengarah 2Touch, Encik Khidhir Khamis, di talian 9686-1824.


Kejohanan futsal kembali lagi

BeritaHarian, Saturday, 24 September 2016

KEJOHANAN futsal peringkat nasional anjuran BeritaHarian.sg kembali sekali lagi tahun ini pada 3 dan 4 Disember ini.

Berlangsung selama dua hari (Sabtu dan Ahad), ia akan diadakan di Akademi Bola Sepak Belia Home United (HYFA), di alamat 8 Mattar Road, dekat MacPherson.

Pasukan yang bertanding berpeluang memenangi pelbagai hadiah, termasuk wang tunai sehingga $3,000.

Enam kategori akan dipertanding dalam kejohanan kali ini - kategori bawah 12 tahun (U-12); bawah 15 tahun (U-15); bawah 18 tahun (U-18); bawah 35 tahun (U-35); atas 35 tahun (A-35); dan Wanita.

Tahun lalu, Kejohanan Futsal Nasional 2015 BH mendapat sambutan hangat dengan hampir 5,000 pemain dan penyokong hadir.

Ia diadakan pada Mei 2015 sempena sambutan ulang tahun Singapura ke-50.

Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg juga bertujuan memperkukuh integrasi sosial dan ikatan berbilang kaum sambil menjalankan kegiatan sihat menerusi sukan.

Kali ini, pihak penganjur berharap dapat menarik sekitar 128 pasukan secara keseluruhannya.

Pendaftaran awal mengenakan bayaran $70 bagi kategori U-12, U-15 dan U-18, dan $90 bagi kategori U-35, A-35 dan Wanita.

Ia akan diadakan pada 22 dan 23 Oktober ini.

Pendaftaran awal dihadkan kepada dua pasukan bagi setiap kelab, kumpulan, pertubuhan, syarikat dan sebagainya.

Pendaftaran biasa pula, dengan bayaran $90 bagi U-12, U-15 dan U-18 dan $110 bagi U-35, A-35 dan Wanita, akan diadakan pada 19 dan 20 November.

Semua bayaran sebelum GST.

Waktu pendaftaran pula adalah dari 9 pagi hingga 2 petang di HYFA.

Seorang jurulatih dan pengurus pasukan Junior Centre of Excellence (JCOE) Ang Mo Kio (AMK), Encik Mohamed Ashrudin Mohamed Iqbal, berkata JCOE mungkin menghantar sebuah pasukan atau dua bagi kejohanan futsal kali ini.

"Saya rasa ini wadah yang baik untuk mereka mendapatkan pendedahan dan, jika peluang sebegini timbul, kami tidak harus melepaskannya.

"Acara ini juga merupakan acara yang baik di mana jurulatih dapat mengenal pasti bakat yang mungkin dapat dibangunkan lagi," katanya.

Pasukan JCOE AMK dinobatkan sebagai juara kategori U-12 bagi kejohanan tahun lalu.

Kejohanan ini disokong beberapa pertubuhan dan syarikat seperti iShine, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Yeo's, Tenderfresh dan Byherbs Wellness.

Keterangan lanjut boleh diperolehi melalui laman http://bh.sg/futsal atau hubungi pengarah 2Touch, Encik Khidhir Khamis, di talian 9686-1824.


Overwhelming response to Berita Harian futsal event

The New Paper, Saturday, 9 May 2015

A total of 265 teams have signed up for the inaugural BeritaHarian.sg National Futsal Championship at the end of the month, surpassing organisers’ expectations.

The tournament, created by the digital section of Singapore’s Malay language daily, will see 970 matches being played on May 30 and 31 at the Home United Youth Football Academy along Mattar Road.

After the overwhelming response at the end of the two-week registration period last month, organisers finalised the 265 teams who will compete in six categories — Under-12, U-14, U-18, U-35, Above-35 and Women.

The champions for the U-12, U-14 and U-18 categories will each win a trophy, medals and $700 in cash, while the winners of the U-35 and A-35 categories will each walk away with a trophy, medals and $1,000 in cash. The winners of the Women’s category will win a trophy, medals and $500 in cash.

In addition, the champions for U-35, A-35 and Women categories will also win more than $19,000 worth of air tickets sponsored by AirAsia, the championship’s official airline partner.


BH futsal event draws 265 sides

The Straits Times, Saturday, 9 May 2015

THE inaugural BeritaHarian.sg National Futsal Championship has proved to be a huge hit with 265 teams signing up for the event.

Organised by the digital section of Singapore’s Malay-language daily, it will be held on May 30-31 at the Home United Youth Football Academy (HYFA).

Teams will compete in six categories: Under-12, Under-14, Under-18, Under-35, Above-35 and Women

The champions for the U-12, U-14 and U-18 categories will each win a trophy, medals and cash.

The winners in the U-35, A-35 and Women’s categories will also get more than $19,000 worth of air tickets sponsored by AirAsia, the tournament’s official airline partner.


Football: Inaugural BeritaHarian.sg National Futsal Championship scores with masses

The Straits Times, Friday, 8 May 2015

The inaugural BeritaHarian.sg National Futsal Championship has met with overwhelming response with 265 teams signing up to compete.

The two-day tournament, organised by the digital section of Singapore's Malay language daily, will be held on May 30-31 at Home United Youth Football Academy (HYFA) and the popularity of the event surpassed expectations..

Nearly 300 teams signed up by the time the registration period ended in late April and this exceeded the initial target of 264 teams..

The organisers then trimmed the number of entries to 265 teams competing in six categories: Under-12, Under-14, Under-18, Under-35, Above-35 and Women..

The champions for the U-12, U-14 and U-18 categories will each win a trophy, medals and $700 in cash, while the winners of the U-35 and A-35 categories will each win a trophy, medals and $1,000 in cash. The winner of the Women's category will win a trophy, medals and $500 in cash..

In addition, the champions for U-35, A-35 and Women categories will also win more than $19,000 worth of air tickets sponsored by AirAsia, the championship's official airline partner.


Overwhelming response to inaugural BeritaHarian.sg National Futsal Championship

AsiaOne, Friday, 8 May 2015

The upcoming BeritaHarian.sg National Futsal Championship that will be held on 30 and 31 May 2015 received an overwhelming response with nearly 300 teams signing-up during the two-week registration period which ended late April - well beyond the initial target of 264 teams.

Read More

Early-bird discounts for Berita Harian futsal championship

The Straits Times, Friday, 17 April 2015

CALLING all futsal enthusiasts: Entry to the BeritaHarian.sg National Futsal Championship is now open and there are early-bird discounts if you sign up this weekend.

Organised by BeritaHarian.sg, the digital edition of the Malay daily newspaper, it will be held on May 30 and 31 at the Home United Youth Football Academy in Mattar Road.

There will be six categories: Under-12, U-14, U-18, U-35, Above-35 and women. For each of the U-12, U-14 and U-18 categories, there will be a maximum of 64 teams.

The U-35 and Above-35 categories will each be limited to 32 entries, while the women's category is capped at eight.

The champions of the U-12, U-14 and U-18 categories will win a trophy each, medals and $700. Winners of the U-35, Above-35 and women categories will take home a trophy each, medals and $1,000.

There will be two sign-up periods for interested teams.

Those who sign up tomorrow and on Sunday at the Home United Youth Football Academy will enjoy early-bird registration prices of $70 (U-12, U-14, U-18) and $140 (U-35, Above-35, women).

Those who sign up on April 25 and 26 will have to pay registration fees of $90 (U-12, U-14, U-18) and $160 (U-35, Above-35, women) instead.

Teams are also required to bring along their registration forms, signed indemnity forms and photocopies of their photo IDs to sign up. For details of the event and application forms, go to beritaharian.sg/futsal

The tournament is organised as part of the SG50 birthday bash, and also to welcome the SEA Games in June - the first time in 22 years that Singapore is hosting the biennial sports extravaganza.

Said Puad Ibrahim, digital editor of Berita Harian: "Futsal is gaining popularity in Singapore and we see it as an opportunity to bring Singaporeans together, having fun and competing in a healthy way in line with the Singapore spirit.

"To promote a healthy lifestyle and encourage a sporting culture in Singapore, we provide quality incentives for the winning teams, both in terms of cash and premium prizes to be won."

The tournament also serves as a good opportunity for talents to be spotted by the Football Association of Singapore, which will be scouting for players to represent the country in the AFF Futsal Championship in October.

Besides the competition, there will also be two exhibition matches where former Lions such as Fandi Ahmad, Nazri Nasir, Lim Tong Hai and Malek Awab will play against teams comprising under-privileged kids.

They will also share their memories at a meet-and-greet session with fans.


Take part in national futsal tournament to win $1,000

MyPaper, Wednesday, 15 April 2015

DO YOU want to be part of a football tournament celebrating 50 years of Singapore's independence and watch local football legends like Fandi Ahmad? If so, join the BeritaHarian.sg National Futsal Championship 2015.

Read More

BeritaHarian.sg to hold National Futsal Championship 2015

AsiaOne, Wednesday, 15 April 2015

As part of the SG50 birthday bash and to welcome the South East Asian Games (SEA Games) which be held in Singapore for the first time after 22 years, Berita Harian.sg - the digital edition of Malay daily newspaper Berita Harian - will be organising a futsal tournament which is open to everyone.

Read More

Berita Harian futsal event to mark SG50, SEA Games

The Straits Times, Saturday, 11 April 2015

CALLING all futsal enthusiasts: Entry to the BeritaHarian.sg National Futsal Championships is now open.

CALLING all futsal enthusiasts: Entry to the BeritaHarian.sg National Futsal Championships is now open. Organised by the digital edition of the Malay daily newspaper, it will be held on May 30 and 31 at the Home United Youth Football Academy in Mattar Road.

There will be six categories: Under-12, U-14, U-18, U-35, Above 35 and women.

For each of the U-12, U-14 and U-18 categories, there will be a maximum of 64 teams. The U-35 and Above 35 categories will each be limited to 32 entries while the women’s category is capped at eight.

The champions of the U-12, U-14 and U-18 categories will win a trophy each, medals and $700.

Winners of the U-35, Above 35 and women categories will take home a trophy each, medals and $1,000.

The tournament is organised as part of the SG50 birthday bash, and also to welcome the SEA Games in June – the first time in 22 years that Singapore is hosting the biennial sports extravaganza.

Said Puad Ibrahim, digital editor of Berita Harian: “Futsal is gaining popularity in Singapore and we see it as an opportunity to bring Singaporeans together, having fun and competing in a healthy way in line with the Singapore spirit.

“To promote a healthy lifestyle and encourage a sporting culture in Singapore, we provide quality incentives for the winning teams, both in terms of cash and premium prizes to be won.”

The tournament also serves as a good opportunity for talents to be spotted by the Football Association of Singapore, which will be scouting for players to represent the country in the AFF Futsal Championship in October.

Besides the competition, there will also be two exhibition matches where former Lions such as Fandi Ahmad, Nazri Nasir, Lim Tong Hai and Malek Awab will play against teams comprising under-privileged kids.

They will also share their memories at a meet-and-greet session with fans.

All players will receive a goodie bag worth more than $100. For details and application forms, go to beritaharian.sg/futsal


Berita Harian.sg breathes life into futsal

Byline: NICOLE CHIA
The New Paper, Friday, 10 April 2015

Futsal enthusiasts will not only stand a chance to win cash prizes and glory for their teams by participating in the Berita Harian.sg National Futsal Championship, they will also get the opportunity to mingle with former national players like Fandi Ahmad, Lim Tong Hai, Nazri Nasir and Malek Awab, who will return to the pitch for two exhibition matches.

Futsal enthusiasts will not only stand a chance to win cash prizes and glory for their teams by participating in the Berita Harian.sg National Futsal Championship, they will also get the opportunity to mingle with former national players like Fandi Ahmad, Lim Tong Hai, Nazri Nasir and Malek Awab, who will return to the pitch for two exhibition matches.

The championship will take place at the Home United Youth Football Academy (HYFA) on May 30 and 31.

In addition, officials from the Football Association of Singapore will be present at the tournament to scout for players to represent Singapore in the AFF Futsal championship in October — the first time in 13 years that the Republic will be taking part.

Organised by Berita Harian.sg (the digital edition of Malay daily Berita Harian), the tournament welcomes the return of the South-east Asia (SEA) Games to Singapore after 22 years.

Together with official partner Frenz United Football Club and principal partners SG50 and Home United Football Club, the Championship is also a celebration of the nation’s 50th birthday.

The tournament aims to promote a healthy lifestyle, sporting culture and integration among locals, new citizens and foreigners in Singapore.

There will be six categories for youths and adults, including Under-12 and above-35 events. There will also be an event for women. All players will receive a goodie bag worth more than $100.

The champions of each category will win trophies, medals, cash ranging from $700 to $1000. Entry fees begin from $90, with early bird prices starting from $70.

Early bird registration will take place on April 18 and 19 between 10am and 3pm at HYFA. Interested participants can also register on April 25 and 26.

For more information on the event and registration procedure, please visit http://beritaharian.sg/futsal


Peminat bola diundang sertai kejohanan futsal BH

BeritaHarian, Thursday, 9 April 2015

EDISI digital akhbar Berita Harian - BeritaHarian.sg - akan menganjurkan kejohanan futsal mega di peringkat nasional, yang dibuka kepada semua dari segenap lapisan masyarakat.

EDISI digital akhbar Berita Harian - BeritaHarian.sg - akan menganjurkan kejohanan futsal mega di peringkat nasional, yang dibuka kepada semua dari segenap lapisan masyarakat.

Lebih 260 pasukan dijangka mengambil bahagian.

Kejohanan itu diadakan sebagai sebahagian daripada acara menyambut Hari Kebangsaan Singapura ke-50 (SG50), sambil meraikan kedatangan Sukan SEA yang bakal menjelang Jun ini.

Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg itu akan diadakan di Home United Youth Football Academy (HYFA), 8 Mattar Road, pada hujung minggu 30 dan 31 Mei ini.

Selain bersaing merebut hadiah wang tunai dan trofi sebagai juara, kejohanan tersebut juga antara lain menggalak gaya hidup sihat, budaya bersukan dan integrasi di kalangan masyarakat setempat berbilang bangsa, warga baru dan warga asing di Singapura.

Sebanyak enam kategori dipertandingkan - bawah 12 tahun (U-12); bawah 14 tahun (U-14); bawah 18 tahun (U-18); bawah 35 tahun (U-35); atas 35 tahun (A-35); dan wanita.

Hadiah wang tunai sehingga $1,000 menanti juara kategori-kategori tersebut.

Pendaftaran perlu dibuat dengan mengisi borang di laman http://beritaharian.sg/futsal dan kemudiannya mencetak borang diisi dan membawanya ke HYFA untuk bayaran dan pengesahan pendaftaran.

Laman dibuka mulai 6 petang ini.

Pasukan yang berminat boleh melakukan pembayaran awal di HYFA pada 18 dan 19 April ini, dengan yuran $70 bagi kategori U-12, U-14 dan U-18, dan $140 bagi U-35, A-35 dan Wanita.

Pembayaran kedua dibuka pada 25 dan 26 April dengan yuran $90 (U-12, U-14, U-18) dan $160 (U-35, A-35, Wanita).

Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg dianjurkan dengan kerjasama dan disokong oleh SG50, Kelab Bola Sepak Home United (HUFC), Kelab Bola Sepak Frenz United (FUFC), Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) serta sekumpulan peniaga Allaudin & Rakan-Rakan.